Ahad, 10 September 2017

ORDER DAN CIRI-CIRI PENTING ORDER DALAM PASARAN MATAWANG

Dealer dan broker membantu peniaga untuk melakukan transaction. Dealer (pemborong) melakukan transaksi apabila pelanggan(client) mahu atau meminta untuk melakukan transaksi(trading). Setiap trader mahu melakukan trading pada harga yang terbaik. Penjual akan mencari pembeli yang mahu membeli dengan harga yang tinggi. Manakala, pembeli mahu membeli dan mencari pada harga yang murah dari para penjual. Trader juga perlu mencari siapa yang mahu melakukan transaksi dengan jumlah(size) yang mereka mahu(desire). Trader yang mahu melakukan transaksi dengan jumlah yang sangat besar perlu mencari trader(pembeli/penjual) yang mahu melakukan transaksi dan dipersetujui semasa transaksi dilakukan.

Salah satu kesilapan yang trader fikir adalah dengan mengatakan bahawa harga bergerak naik disebabkan oleh lebih banyak pembeli(buyer) dan harga bergerak turun disebabkan oleh lebih banyak penjual(seller) . Inilah kesilapan apa yang difahami oleh ramai orang. Mekanisma harga bergerak adalah untuk menemukan pembeli dan penjual pada satu harga yang dipersetujui. Jika kita ingin membeli, perlu lah mempunyai penjual. Jika tidak, kita tidak akan dapat untuk membeli. Anda tidak dapat membeli sebiji epal jika tiada penjual.Anda tidak dapat menjual sebiji epal jika tiada pembeli.


  ORDER DAN CIRI CIRI ORDER

Order memberi arahan mengenai dagangan posisi yang ingin dilakukan. Order menerangkan secara specific mengenai siapa yang mahu melakukan trading, mahu membeli atau mahu menjual, jumlah yang mahu dilakukan, masa dan bagaiman cara untuk dilakukan.

Sebagai seorang trader, anda perlu paham mengenai order. Perkara ini amat penting untuk poisis kita akan yang membezakan sama ada good trade , bad trade atau no trade . Dengan memahami order, kita akan memahami apa itu yang dimaksudkan dengan liquidity atau kecairan pasaran. Asas ini adalah sangat penting untuk difahami sebagai seorang trader.



LIQUIDITY ATAU KECAIRAN

Mengikut definasi dari Investopedia:
“Liquidity is the degree to which an asset or security can be bought or sold in the market without affecting the asset price

Maka, ciri penting liquidity adalah “bolehkah anda menjualatau mampu kah anda mahu menjual asset ini atau jika anda mahu menjual, mudah kah anda untuk mencari pembeli ?

Liquidity adalah kemampuan(ability) untuk melakukan transaksi. Sebagai contoh, seorang penjual A mahu menjual sebanyak 10,000 unit kereta yang disimpan. Kita katakan ianya sebagai high liquidity jika terdapat pembeli yang mahu membeli semua kereta ini. Bermakna, penjual A tadi dengan mudah dapat mencari pembeli. Manakala, kita katakan sebagai “low liquidity” jika kemampuan untuk melakukan transaksi adalah gagal. Sebagai contoh, seorang penjual B mahu menjual sebanyak 1,000 unit kereta.Tetapi, tiada siapa yang mahu membeli kereta ini , penjual B “sukaruntuk menjual dan mencari pembeli. Dalam keadaan “low liquidity” di mana kegagalan untuk menjual, penjual B tadi perlu mengerakkan harga lebih rendah untuk “menarik” minat pembeli untuk mengambil kuantiti tersebut. Oleh itu, harga bergerak dari low liquidity (dari tidak mampu) kepada high liquidity (mampu).

Pasaran juga dianggap sebagai “high liquid” jika ianya boleh melakukan transaksi tanpa mengubah harga. Pasaran yang mempunyai “standing limit order” yang banyak pada suatu harga juga dikatakan sebagai “high liquid”. Standing limit order adalah kedudukan limit order yang banyak pada satu price.
Dengan memahami order, kita akan dapat lebih memahami dengan jelas bagaimana untuk mengetahui dari mana asal nya liquidity.

   APA ITU ORDER? DAN MENGAPA DIGUNAKAN?

Order adalah arahan (instruction) atau penunjuk bagi trader untuk memberitahu kepada broker yang akan melakukan dan menyusun posisi mereka. Instruction atau arahan order tersebut akan memberitahu bagaimana order tersebut akan dilakukan.


Berikut adalah ciri-ciri order :
  1.      Jumlah untuk melakukan trade(How much to trade)
  2.     Mahu menjual atau mahu membeli (Buy or sell)
  3.      Keadaan di mana dan pada harga apa yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual( Condition for accept the price)
  4.   Berapa lama order tersebut akan diletakkan (Valid till cancel)


Trader menunjukkan kemahuan membeli dan menjual dengan membuat “bids” dan “offer” . Bid dan offer adalah tawaran yang dibuat oleh pemain pasaran yang mahu melakukan transaksi. Offer adalah orang yang “mahu menjual” . Manakala bid adalah “mahu membeli”

Bid dan offer mengandungi informasi mengenai harga dan jumlah yang diterima oleh trader. Sesetengah memangilnya sebagai “asking price”, “biding price” atau mudah nya bid dan ask.


  BEST BID DAN BEST ASK


Best bid adalah harga tertinggi yang mahu membeli. Best offer adalah harga terendah mahu menjual. Perlu juga diingat, best bid dan offer adalah harga terbaik untuk trader melakukan market order sahaja ketika itu. Di sudut trader yang menjual dan membeli, mereka sebenarnye memegang worst price untuk yang mahu menjual dan membeli. JANGAN KELIRU. Ini bermakna:

  1. Jika ada yang mahu menjual(sebagai market order), harga terbaik untuk menjual adalah di best bid.
  2. Jika ada yang mahu membeli(sebagai market order), harga terbaik untuk membeli adalah di best offer.


  LIMIT ORDER


Limit order adalah arahan(instruction) untuk melakukan transaksi pada kedudukan harga yang terbaik di bawah atau di atas harga spread(market). Kebarangkalian untuk limit order diambil adalah bergantung kepada limit harga itu sendiri. Jika harga terlalu jauh dari limit best price, kebarangkalian untuk tidak berlaku nya transaksi adalah sangat tinggi.


Best bid dan best offer juga dipanggil sebagai “market “.

Jika  limit order di atas best offer :

·      buy order adalah “market order
  ·        Sell order adalah spread(market)

Jika limit price berada di antara best bid dan best offer (berada di antara market)
·        Buy order adalah di dalam spread(market)
·        Sell order adalah di dalam spread(market)

Jika limit price berada di best bid
·        Buy order adalah spread(market)
·        Sell order adalah market order

Jika limit price berada di bawah best bid
·        Buy order adalah di belakang spread(market)
·        Sell order adalah market order

Berikut adalah gambar  dan ilustrasi bagaimana menerangkan bagaimana limit order yang terletak di kedudukan tertentu yang akan mempengaruhi dan membentuk market.

Ilustrasi penggunaan Limit Order dan kedudukan Limit Order yang mempengaruhi aggresive dan kedudukan pemain pasaran

 CIRI CIRI PENTING “LIMIT ORDER”

  • Limit order boleh dibatalkan atau “cancel” . Ini memberi peluang kepada pemain pasaran untuk menunjukan minat sahaja untuk menjual dan membeli. Sebagai contoh, Ahmad mahu membeli pada harga RM20 dan market pada kedudukan RM29. Ahmad boleh “cancel” order ini pada bila-bila masa sahaja jika spread(market) menghampiri kedudukan beliau. Sesetengah broker mengenakan kos yang tinggi kepada pemain pasaran(participant) jika mahu “cancel” order yang dihantar.

  • Limit order menunjukan ketidakhadirian(absent) pemain pasaran(participant) di dalam pasaran. Broker sentiasa melihat dan mengawasi(monitoring) di kawasan limit order untuk menentukan dan menetapkan strategi yang akan digunakan. Dengan meletakkan limit order, pemain pasaran dapat masuk ke dalam market pada bila bila masa sahaja.


·        Antara risiko penting yang perlu difahami apabila melibatkan limit order
adalah seperti berikut:

1.     Execution limit order adalah tidak dijamin akan dipenuhi(fill). Jika harga tidak menghampiri limit order, pemain pasaran akan gagal untuk melakukan transaksi.

2.     Risiko harga melawan arah harga pada limit order. Order pemain akan dipenuhi(fill) tetapi risiko untuk harga melawan arah tetap tinggi.

   STOP ORDER

Stop order adalah arahan kepada broker apabila posisi trader yang sudah di isi(fill) dan meletakkan di harga tertentu untuk keluar dari pasaran jika harga bergerak melawan arah. Stop Order juga dipanggil sebagai STOP LOSS.

Trader menggunakan stop order untuk mengurangkan risiko apabila harga melawan mereka.

Sebagai contoh, Trader A telah membeli Serai pada harga RM 10 dengan kuantiti sebanyak 500 unit. Trader A meletakkan stop loss pada harga RM8 sebanyak 500unit jika harga sampai di RM8. Jika harga Serai jatuh ke RM8, Broker trader A akan “immediately” menjual semua 500unit yang dibeli oleh Trader A tadi. Ini bermakna, Broker tadi perlu mencari “pembeli” untuk mengambil 500unit tadi ATAU broker boleh menyimpan dahulu sebelum menjual dengan harga yang lebih tinggi lagi. Perhatikan bahawa 500unit serai tidak berubah apabila posisi menghampiri harga Stop Loss.


HUBUNGKAIT ANTARA STOP ORDER DAN KECAIRAN(LIQUIDITY)


·        Stop order dapat mengubah kedudukan harga. Harga berubah kerana dominasi salah satu side(buyer atau seller) yang mengawal “demand” yang melebihi kemahuan yang ada ketika itu.

·        Stop order sentiasa menyumbang kepada dominasi satu side(buyer atau seller) untuk melakukan transaksi.

·        Stop order sentiasa “menambah momentum(kekuatan)” kepada pasaran ketika itu.

·        Trader yang menggunakan “buy stop atau sell stop order” , juga menyumbang kepada momentum ditambah dengan kekuatan stop loss trader. Kombinasi ini akan menyebabkan ketidak seimbangan antara yang mahu membeli dan mahu menjual (demand dan supply)

·        Kecairan(liquidity) akan bertambah pada satu harga yang mempunyai banyak Stop Loss. Kecairan (liquidity) ini akan menyebabkan kekuatan dan sentiment pasaran berubah arah.

Penerangan Lengkap Bagaimana “Stop Loss” berfungsi.

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana stop loss trader boleh memberi kesan kepada pergerakan harga di dalam pasaran. Perlu difahami bagaimana stop loss itu adalah market order kepada broker. Sila pahamkan contoh di bawah.

Trader A membuat buy order di price RM100 dengan kuantiti 200unit ,dan Trader A  meletakkan harga RM95 sebagai stop loss .Ini bermakna, jika price hit stop loss Trader A di RM95. Trader A akan keluar dari pasaran serta merta.Trader A menggunakan Broker Z sebagai medium untuk melakukan transaksi ini.

Dari pemerhatian penting dan apa yang berlaku di sudut kedudukan broker
adalah:

1)  Stop loss di RM95 itu adalah sell order untuk broker

2)  Ini bermakna, apabila harga mencapai RM95 . Broker bertanggungjawab untuk mengambil posisi kita dan mereka akan membuat sell order di dalam market. Sell order sebanyak 200unit ini lah yang akan membawa harga jauh ke bawah jika tiada yang dapat memenuhi 200unit ini.

3)  Bayangkan jika stop loss (sell order) itu banyak??? Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan antara penjual dan pembeli yang sangat ketara.

4)  Kedudukan Stop Loss ini juga akan memberi peluang kepada pemain lain untuk mengambil kesempatan pada kedudukan harga yang lebih menarik minat mereka.


Mengapa hal ini penting untuk difahami?? Perlu diingat, jika terdapat banyak stop loss trader daripada semua trader . Stop loss itu boleh digunakan oleh pemain utama(big player) untuk mendapatkan harga yang mereka mahu. Erti lain, mereka boleh mendapatkan premium atau discount price dari pasaran.


Berikut adalah contoh bagaimana Stop Loss berfungsi dan bagaimana peranan broker apabila Stop Loss trader telah dicapai(hit):
Jika pemain utama(big player) mahu membeli matawang Euro-Usd , mereka akan melihat sentiment di dalam market. Mereka akan mencari di mana stop loss trader yang banyak. Ini kerana, jika stop loss itu dapat dicari, stop loss ini dapat membawa harga jauh ke bawah dan pada yang sama, apabila stop loss itu sudah dilanggar, mereka akan masuk membeli dengan banyak nya hanya jika selepas stop ini dilanggar.(Hanya jika big player mahu membeli matawang EuroUsd). INGAT: Hal ini disebabkan oleh peranan Stop Loss yang berfungsi sebagai sell order bagi broker. Oleh itu, broker akan menjual semula kepada pemain utama(big player).

Berikut adalah asas ilustrasi kepada pergerakan contoh di atas.

Ilustrasi penggunaan, fungsi dan peranan Stop Loss di dalam pasaran

Ilustrasi penggunaan dan fungsi Stop Loss

Berikut menerangkan gambar 3 di atas bagaimana Stop Loss Trader A berfungsi selepas dilanggar(Stop Loss Trigger/hit).
·        Pada kedudukan No(1), Trader A membeli harga RM100 dengan kuantiti 200unit dan meletakkan STOP LOSS pada RM95. Ini bermakna, trader A akan keluar dari pasar dan melepaskan 200unit untuk keluar dari pasaran serta merta. Pada ketika ini, broker Z akan menjual 200unit kepada trader A.

·        Pada kedudukan No (2), harga telah melawan kedudukan Trader A dan mencapai kedudukan harga RM95 iaitu STOP LOSS trader A. Pada ketika ini, Trader A akan memberitahu kepada Broker Z bahawa Trader A akan keluar dari pasaran serta merta. Maka, 200unit yang dibeli oleh Trader A akan diambil oleh Broker Z. Broker Z akan serta merta meletakkan 200unit ini sebagai SELL ORDER di dalam market. SELL ORDER dari Broker Z ini perlu diisi/dipenuhi. Jika tiada siapa yang dapat memenuhi SELL ORDER ini, harga akan terus turun sehingga dapat dipenuhi. Hal ini kerana, Broker Z tidak mahu memegang atau menyimpan 200unit di dalam inventory mereka kerana terlalu berisiko bagi mereka. Dengan kata lain, Stop Loss Trader A telah menjadi MARKET ORDER kepada

Broker Z dan akan mempengaruhi gerakan dan sentiment harga ketika itu.
Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana pergerakan order dilakukan oleh Broker Z yang berfungsi pada sudut pandang trader dan dari sudut pandang broker.


2.3                    KESIMPULAN

Perlu difahami bahawa , apabila kita melihat market. Selalu lihat di mana kebarangkalian tinggi untuk trader meletakkan stop loss.

Perlu juga di ingat, peletakan stop loss adalah bergantung kepada apa yang mereka percaya. Salah satu penyebab adalah mereka melihat price action, indicator dan dan sebagainya. Di sini kita boleh memanipulasi semula di mana stop loss trader dan berfikir sebalik nya.

Dan jika melihat market, selalu fikir, where the stop loss trader?? Sebab di situ lah entry terbaik untuk big trader melakukan keputusan untuk memasuki pasaran. KERANA STOP LOSS ITU MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SMART MONEY UNTUK MENJUAL/MEMBELI PADA HARGA YANG TERBAIK bagimereka. Selain dari itu, kesan Stop Loss sangat besar terhadap pergerakan harga.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan