Ahad, 10 September 2017

ASAS BAGAIMANA PASARAN FOREX DIBINA

      PERBEZAAN AGGRESSIVE DAN PASSIVE ORDER

Order boleh diterangkan atau diklasifikasikan sebagai aggressive atau passive order. Aggresive atau passive order ditentukan oleh berapa cepat kadar kemahuan(willing) pemain pasaran untuk melakukan transaksi. Transaksi hanya berlaku pada kedudukan best bid dan juga best ask. Oleh itu, lebih hampir order pada kedudukan best bid dan best ask akan dianggap sebagai sangat aggressive.
Passive Order adalah kemasukan order yang berada jauh dari kedudukan best bid dan juga best ask. In bermakna, order yang berada di bawah best bid dan di atas best offer adalah dianggap sebgai passive order. Passive order adalah bersifat bertahan(barrier) dan dianggap sebagai pemain utama dalam pasaran untuk memenuhi keperluan pemain yang lain. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana AGGRESSIVE dan PASSIVE Order ditentukan.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting memahami PASSIVE dan AGGRESSIVE Order:
Limit Order dianggap PASSIVE apabila order tersebut jauh dari kedudukan Best bid dan Best Ask
Limit Order dianggap AGGRESSIVE apabila order tersebut berada atau paling hampir pada kedudukan Best bid dan Best Ask
Keadaan pasaran yang mempunyai keadaan aggressive akan bersifat mempunyai satu momentum yang kuat untuk pergerakan Short-term. Short term bermaksud, kesan kemasukan aggressive order bersifat sementara dan kesan dia hanya pada jangka pendek.
Manakala, PASSIVE order adalah jauh dari kedudukan pasaran tetapi momentum yang diberikan adalah sangat besar dan bersifat Long-Term.

  KEUTAAMAN MASA DAN HARGA SEBAGAI PENENTU PROSES BIDAAN

Level keutamaan Order adalah bagaimana satu kemasukan Order dimasukkan dan apakah kesan yang berlaku pada OrderBook. Terdapat dua(2) parameter penting dalam menentukan dan mengklasifikasikan satu kemasukan order iaitu:


(1)  Keutamaan MASA(time)

(2)  Keutamaan HARGA (price)

Dua(2) parameter atau functionality ini adalah yang akan menentukan sama ada kedudukan best bid dan best ask masih dikawal oleh pemain pasaran(big player) tertentu. Hal ini penting bagi mereka kerana kedudukan best bid dan best ask sahaja yang akan menentukan sama ada posisi mereka diisi(fill) atau gagal di isi(failed to fill). Berikut akan menerangkan dengan terperinci mengenai peranan keutaamaan MASA dan keutamaan HARGA berdasarkan contoh penjualan satu kereta oleh ALI.

  KEUTAMAAN MASA

Masa akan menentukan sama ada satu pembelian atau penjualan dilakukan bagi menentukan siapa pemenang dalam satu proses jualan atau proses bidaan.
·        SITUASI: Dalam satu jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah). Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini bermakna, pemenang akan ditentukan pada jam 12:00:00 PM.

·        Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan menghantar harga tawaran untuk membeli. Berikut adalah senarai pembeli yang membuat bidaan terhadap kereta tersebut.




Masa

Harga(RM)
Nama Pembeli
11:00:01
10,000
A
11:01:23
11,500
B
11:15:23
11,700
C
11:20:10
12,000
D
11:30:20
12,000
A
11:31:25
12,500
D
11:35:00
12,800
D
11:49:00
13,000
C
11:49:01
13,000
D
11:49:05
13,000
E


Jadual 1: Senarai tawaran yang mahu membeli kereta Ali
Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat terdapat tiga(3) pembeli atau pembida yang mahu membeli pada harga yang sama iaitu RM13,000 . Pembeli yang mahu membeli pada RM13,000 adalah pembeli C (Jam 11:49:00) , pembeli D (Jam 11:49:01) dan pembeli E (Jam 11:49:05).
Berikut adalah jadual 2 iaitu senarai pembeli yang mahu membeli pada satu harga yang sama.



Masa

Harga(RM)
Nama Pembeli
11:49:00
13,000
C
11:49:01
13,000
D
11:49:05
13,000
E


Jadual 2: Senarai pembeli yang mahu membeli pada harga yang sama.
Berdasarkan jadual 2, pemenang yang adalah PEMBELI C. Hal ini kerana peranan MASA sebagai keutamaan bagi menentukan pemenang yang dapat membeli kereta ALI. Pembeli C , D dan E telah bersaing satu sama lain untuk membeli kereta tersebut. Disebabkan mereka membeli pada HARGA yang SAMA. Pemenang akan ditentukan oleh MASA yang paling cepat membida. Dalam hal ini, pembeli C telah masuk pada jam 11:49:00 , iaitu satu(1) saat lebih awal dari pembeli D. Walaupun perbezaan adalah satu(1) saat.
Disebabkan Masa menjadi keutamaan dalam menentukan pemenang, pembeli C memperoleh Kereta Ali tersebut.

Jika Ali mempunyai lagi kereta untuk dijual, Ali akan merujuk kepada pembeli D iaitu berada kedudukan no dua(2) selepas pembeli C.

KESIMPULAN

Dalam memahami Masa sebagai keutamaan , masa akan digunakan sebagai penentu dalam satu proses bidaan. Pemenang akan ditentukan oleh kepantasan mereka membida. Hal ini penting bagi memahami bahawa terdapat tahap ketidaksabaran( impatient) oleh pembeli yang ingin membeli. Ini dapat digunakan untuk melihat apakah keadaan pasaran ketika itu.

KEUTAMAAN HARGA 

Harga adalah satu mekanisma paling penting dalam memahami dalam satu proses bidaan. Dalam bahagian ini, akan diterangkan bagaimana harga memainkan peranan penting dalam satu proses bidaan. Contoh yang sama akan digunakan iaitu dimana Ali mahu menjual sebuah kereta dan membuka bidaan pada harga RM10,000.
·        SITUASI: Dalam satu jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah). Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini bermakna, pemenang akan ditentukan pada jam 12:00:00 PM.

·        Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan menghantar harga tawaran untuk membeli. Berikut adalah senarai pembeli yang membuat bidaan terhadap kereta tersebut.




Masa

Harga(RM)
Nama Pembeli
11:00:01
10,000
A
11:01:23
11,500
B
11:15:23
11,700
C
11:20:10
12,000
D
11:30:20
12,000
A
11:31:25
12,500
D
11:35:00
12,800
D
11:49:00
13,000
C
11:49:01
13,000
D
11:49:05
13,000
E
11:49:05
14,000
F

       Jadual 3: Tawaran yang mahu membeli kereta Ali

Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat terdapat dua(2) pembeli yang membeli pada waktu yang sama iaitu pada jam 11:49:05 iaitu pembeli E dan pembeli F.
Disebabkan mereka membeli pada waktu yang sama, HARGA akan menjadi keutamaan dalam menentukan pemenang yang membida kereta ALI.
Walaupun pembeli E telah tersenarai awal dari pembeli F, disebabkan pembeli F membida lebih tinggi dari pembida E sebanyak RM14,000. Maka, pembeli F akan memperoleh kereta tersebut.

KESIMPULAN

Dalam memahami Harga sebagai keutamaan, harga akan digunakan sebagai penentu pemenang dalam satu proses mudah bidaan barang. Harga akan dipilih jika berlaku pertindihan MASA seperti dalam contoh awal. Ini penting bagi melihat sama ada terdapat pembeli yang sanggup membeli pada satu harg tertinggi yang tak dapat dibida lagi.

3.1     














Tiada ulasan:

Catat Ulasan