Ahad, 10 September 2017

BAGAIMANA PASARAN DI BINA DI MULTI-TIER

4.     STRUKTUR PASAR (MARKET) DI TIER-2
4.0                      
Bahagian ini akan menerangkan bagaimana pasaran dibina di Tier 2. Tier 2 adalah pasaran yang dibina oleh pemain pasaran yang melibatkan bank bank tempatan. Bank bank ini adalah pemain utama yang membentuk pasaran.

Pada bahagian sebelum ini, telah diterangkan MODEL ASAS dari SERAI EXCHANGE dibina. Asas ini adalah sama tetapi hanya menerangkan MODEL pasaran sahaja. Dari perkara ini, kita akan melihat bagaimana Depth Of Market dibina di tier 2. ECN atau Electronic Communication Network adalah berfungsi sebagai satu rangkaian penghubung yang digunakan untuk memudahkan melakukan transaksi. Produk utama yang didagangkan melalui ECN adalah Currency dan Stock.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu diketahui adalah siapakah pemain utama di kedudukan Tier 2. Berikut adalah contoh pemain utama di kedudukan Tier 2 yang melibatkan bank-bank tempatan yang sangat dikenali:

Gambar 1: ECN(Electronic Communication Network) yang menghubungkan Bank Tempatan(Local Bank) antara satu sama lain untuk membentuk transaksi pasaran antara bank-bank tempatan

Berikut adalah senarai pemain utama berdasarkan Gambar 1 :


Bank A: JP Morgan Chase & Co.                         Bank G: Maybank Berhad Bank B: Bank Of America(BOA)                                         Bank H: RHB Bank
Bank C: CitiGroup Bank Bank D: HSBC Holding Bank Bank E : CIMB Berhad
Bank F : PNB Paribas


Seterusnya, setiap Bank akan meletakkan harga mahu membeli/harga belian(bid) dan harga mahu menjual/harga jualan (offer) . Jadual di bawah menunjukkan contoh bagaimana setiap bank membuat bid dan ask melalui ECN.




Bid
Ask
Spread(pips)
Bank A
1.5155
1.5161
6.0
Bank B
1.5153
1.5163
10.0
Bank C
1.5156
1.5160
4.0
Bank D
1.5154
1.5166
12.0
Bank E
1.5151
1.5164
13.0
Bank F
1.5152
1.5162
10.0
Bank G
1.5150
1.5165
15.0
Bank H
1.5149
1.5167
18.0




Jadual 1: Local Bank yang membuat Ask dan Bid

Berikut adalah langkah pemerhatian bagaimana Depth Of Market(DOM) dibentuk/terbina dari jadual 1 selepas bank-bank ini menunjukkan minat(interest) di ECN(electronic communication network) dengan meletakkan harga jual dan harga beli.
1)     Penyusunan semula Bid dan Ask

Bid

Ask

1.5155
1.5161
Bank A
1.5156
1.5167
Bank H
1.5154
1.5166
Bank D
1.5153
1.5165
Bank G
1.5152
1.5164
Bank E
1.5151
1.5163
Bank B
1.5150
1.5162
Bank F
1.5149
1.5160
Bank C

2)     Selepas itu, Bid dan Ask disusun mengikut harga tertinggi kepada harga terendah.


Bid

Ask

Bank A
1.5155
1.5161
Bank A
Bank B
1.5153
1.5163
Bank B
Bank C
1.5156
1.5160
Bank C
Bank D
1.5154
1.5166
Bank D
Bank E
1.5151
1.5164
Bank E
Bank F
1.5152
1.5162
Bank F
Bank G
1.5150
1.5165
Bank G
Bank H
1.5149
1.5167
Bank H

3)     Kemudian, berdasarkan No(2) , kedudukan bid dan ask disusun mengikut kedudukan DOM seperti di bawah:


Ask

1.5161
Bank A
1.5167
Bank H
1.5166
Bank D
1.5165
Bank G
1.5164
Bank E
1.5163
Bank B
1.5162
Bank F
1.5160
Bank C
Bank A
1.5155

Bank C
1.5156
Bank D
1.5154
Bank B
1.5153
Bank F
1.5152
Bank E
1.5151
Bank G
1.5150
Bank H
1.5149

Bid

4)     Selepas disusun sehingga membentuk Visual DOM, dapat dilihat ciri- ciri penting seperti berikut:

·        Best Bid: 1.5155 dari Bank A
·        Best Offer: 1.5160 dari Bank C

Berikut adalah ilustrasi mudah bagi menggambarkan asas pembentukan DOM di Tier 2:

4.0 STRUKTUR PASAR (MARKET) DI TIER-3

Tier 3 adalah pasaran dan transaksi yang melibatkan Firma Retail trader.
Retail trader adalah individu atau pemain pasaran yang masuk ke pasaran melalui perkhidmatan yang disediakan oleh broker masing-masing. Contoh brokerage adalah seperti Oanda,Exness,FXCM, dan FBS yang menjalankan operasi dan transaksi secara retail. Bahagian ini akan menerangkan bagaimana interaksi yang berlaku antara Retail Trader,Firm Broker, dan Liquidity Provider sehingga membentuk pasaran itu sendiri. Pasaran yang terbentuk dapat dilihat melalui Depth Of Market atau DOM. Berikut adalah ilustrasi asas bagaimana struktur dan  interaksi yang berlaku antara pemain pasaran di Tier 3.



Gambar di bawah menunjukkan bagaimana interaksi berlaku di dalam Broker ECN yang mempunyai liquidity aggrement dengan Liquidity Provider di Tier 2 seperti HotspotFXi,LMAX Exchange,Currenex, dan Integral Fx. Liquidity Aggrement adalah persetujuan antara yang pemberi liquidity(Liquidity Provider) dan broker di Tier 3 untuk mengakses dan menghubungkan antara setiap asset yang ada. Ini bermaksud persetujuan yang dilakukan memberi kemampuan setiap klien untuk melakukan transaksi.



Gambar di atas menunjukan strukture dan kedudukan broker di Tier 3 di mana mempunyai broker persetujuan pada Liquidity provider sehingga membentuk Depth Of Market(DOM). Dapat diperhatikan bahawa, broker ECN sahaja yang mampu menghubung kan Client dan Liquidity Broker. Oleh itu, broker dapat memanipulasi kemampuan ini bagi kepentingan mereka. Berikut adalah pemain pasaran yang terlibat berdasarkan gambar di atas:
·        Liquidity Provider Tier 2
·        Broker ECN
·        Client 1
·        Client 2

Beberapa perkara dapat diperhatikan bagaimana struktur kedudukan pasaran di tier 3 terbina:
·        Liquidity Provider diperlukan untuk menyeimbangkan(HEDGE) kedudukan pasaran dari semua Client.
·        Kemasukan Order Client akan melalui Broker ECN dahulu sebelum dihantar ke Liqudity Provider
·        Broker akan bertanggungjawab menyusun, mengatur, mengisi, menghantar semua kemasukan Order dari client sebelum dihantar ke Liquidity Provider(LP)
     ·        Tugas dan peranan Broker hanyalah menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan(client) mereka untuk membeli dan menjual. Justeru itu,pelanggan(client) dapat melakukan transaksi dengan mudah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan