Ahad, 10 September 2017

BAGAIMANA MEKANISMA HARGA BERGERAK?

Pada bahagian ini, akan diterangkan bagaimana harga (Price) itu digerakkan atas kemahuan untuk memenuhi(fill) kehendak oleh pemain utama pasaran. Terdapat beberapa faktor utama yang dapat diperhatikan bagaimana harga(price) digerakkan seperti ketidakseimbangan kuantiti untuk memenuhi keperluan pemain utama. Bahagian ini sangat penting untuk difahami bagi mengetahui apakah mekanisma utama yang menggerakan pasaran.

Berikut adalah DOM yang ditunjukkan dan diambil dari Gambar C dan katakan DOM ini adalah pada jam 11:00:00AM :


RM25
[200]
RM24
[100]
RM20
[100]
RM18
[200]
RM17
[100]
RM16
[150]
RM15
[120]
[100]
RM12

[50]
RM11

[70]
RM10

[80]
RM8

[200]
RM7

[30]
RM5


 Dari DOM dia atas, dapat dilihat:
·        Best Bid: RM12 , Kuantiti 100unit
·        Best Offer : RM15, Kuantiti 120unit
·        Spread : Best Offer – Best Bid = RM15-RM12 = RM3

Kemudian, katakan jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan Order oleh pemain pasaran iaitu dinamakan sebagai R1 (retail) :

Gambar D di atas menunjukkan bahawa R1 iaitu dikategorikan sebagai Retail(Customer) yang mahu membeli pada harga tertinggi RM18 sebanyak 600kg Serai. Ini bermakna:

·        R1 mahu membeli sebanyak 600kg pada harga tertinggi(maximum) RM18 sahaja. Maka, jika terdapat tawaran mahu menjual dari pemain utama di bawah RM18. R1 akan membeli dan mengambil kuantiti tersebut.

·        R1 perlu melihat siapakah yang mahu menjual pada harga di bawah RM18. Oleh itu, R1 perlu melihat Current Orderbook(DOM) ketika itu. INGAT: Fungsi utama OrderBook(DOM) adalah sebagai Advertise Mechanism. Dengan kata lain, R1 perlu lihat siapa yang sedang “mengiklankan/advertise” kemahuan untuk menjual(kerana R1 mahu membeli) .

Berikut adalah gambar E iaitu ilutrasi bagaimana Order R1 dilepaskan(execute) di Orderbook jam 11:00:00AM.


Berikut adalah penerangan berdasarkan Gambar E di atas:
I.             Gambar No 1(Current Orderbook) menunjukkan Status semasa Orderbook dimana Spread adalah RM3
II.            Gambar No 2(Execution) menunjukkan bagaimana Order dari R1 dipenuhi. Jumlah keseluruhan Order R1 yang diambil adalah sebanyak 570kg sahaja berdasarkan Orderbook Semasa. Berikut adalah jadual bagaimana 600kg Serai dipenuhi pada harga yang diambil(matching).

·   RM15 (120kg)
·   RM16 (150kg)
·   RM17 (100kg)
·   RM18 (200kg)

 Terdapat lebihan Order R1 yang belum dipenuhi sebanyak 30kg . Oleh itu, 30kg ini akan menjadi Buy Limit pada harga RM18. Lihat bagaimana Gambar No 3(Final Book) terhasil selepas kemasukan Order R1 .INGAT: Order R1 adalah mahu membeli tertinggi MAXIMUM pada harga RM18 sahaja.Oleh itu, R1 akan mengambil semua kuantiti yang terdapat dalam market di bawah harga atau sama dengan RM18.

Tonton Video Dibawah Untuk Penjelasan Kenapa Market Bergerak:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan