Khamis, 14 September 2017

PENERANGAN RINGKAS BERKENAAN PASARAN MATA WANG ASING

Pasaran Matawang

Kita sedar atau tidak, pasaran matawang sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.Dari aspek tukaran matawang asing yang kita lakukan apabila kita ke luar negara, sehinggalah kepada nilai pendapatan dan perubahan harga barangan import yang terkesan daripada perubahan nilai matawang asing.


Apa itu Pasaran Matawang?

Pasaran boleh diertikan sebagai tempat di mana kita berinteraksi untuk membeli atau menjual sesuatu barangan, sama ada pasaran konvesional seperti pasar basah dan pasaraya, atau pun pasaran maya seperti ebay, kedai online facebook dan instagram.
Dalam pasaran kewangan antarabangsa, kita ada New York Stock Exchange (NYSE) dan Chicago Mercantile Exchange (CME), ataupun institusi  pasaran  dagangan elektronik (NASDAQ), yang dijadikan sebagai platform dagangan bagi share, komoditi, bond dan matawang. Dalam pasaran matawang, juga dikenali sebagai FOREX MARKET, pedagang mempunyai platform untuk bertukar-tukar matawang Dollar, Euro, Pound, Yen dan seumpamanya.
Kenapa kita memerlukan pasaran tukaran matawang asing?Pasaran Matawang adalah instrument yang sangat penting bagi merealisasikan urusan perdagangan di antara dua Negara yang mempunyai matawang berbeza.Bayangkan, sebagai contoh, pengilang di China mendapat tempahan sepuluh ribu helai t-shirt daripada pemborong dari Negara Eropah.Pemborong ini perlu menukar matawang Euro mereka kepada USD untuk membayar pengilang di China. Dalam masa yang sama, pengilang China ini perlu membeli kapas di pasaran komoditi, yang didagangkan dalam USD. Selebihnya mereka perlu menukarkan matawang USD tadi kepada Yuan untuk membayar gaji pekerja di China.Atau mungkin mereka bercadang untuk membuka perniagaan di UK,  mereka perlu menukarkan matawang USD yang dibayar tadi kepada British Pound. Tanpa pasaran matawang, semua urusniaga ini tidak akan dapat dilaksanakan secara lancar.


Pasaran tukaran matawang asing menyediakan mekanisme untuk membuat pembayaran antara Negara bagi memindahkan kuasa belian daripada satu matawang kepada satu matawang yang lain, dan memastikan nilai semasa setiap  matawang adalah jelas dan boleh digunapakai.

Perkembangan FOREX

Pengurup Wang pernah dikesan seawal zaman Rom silam, namun forex yang kita kenali hari ini telah berkembang dengan pesat.Sejak tahun 1970an, telah berlaku perubahan struktur kewangan yang mendadak dalam sistem kewangan dan ekonomi serantau.
Perubahan dalam sistem kewangan antarabangsa, daripada kadar tukaran tetap seperti yang telah digariskan dalam Perjanjian Bretton Woods, kepada kadar tukaran berubah sejak awal  tahun 70an hingga ke hari ini.
Perubahan peraturan kewangan serantau telah membawa kepada kebebasan dalam transaksi kewangan dan meningkatkan persaingan di kalangan institusi kewangan.
Kebebasan Perdagangan antarabangsa, yang termaktub dalam pelbagai perjanjian perdagangan membawa kepada perkembangan yang pesat dalam pemindahan modal serantau.
Peningkatan dalam aspek teknologi membolehkan perkongsian maklumat pasaran dan transaksi kewangan dilakukan dengan pantas dan berkesan.Pembentukan Instrumen Kewangan moden dan kehadapan dalam mengiringi perkembangan Sistem Kewangan.
Semua ini telah menjadi asas yang memberangsangkan dalam perkembangan perdagangan FOREX.Dalam tahun-tahun awal abad ke 21, kemajuan yang besar dalam perdagangan berasaskan internet telah membolehkan trader trader kecil memasuki pasaran FOREX, yang mana sebelum ini secara tradisinya adalah lapangan bank-bank utama dunia sahaja.

Siapakah pemainnya?

Oleh kerana kita akan bersama mereka dalam perdagangan, amat penting untuk kita mengetahui dan mengenali siapakah pemain di dalam lapangan pasaran matawang ini.
Pemain yang utama adalah kumpulan bank-bank besar yang mampu menggerakkan harga pasaran. Mereka berdagang menerusi dua cara, EBS dan Reuters Dealing.


Bank-bank ini membentuk jaringan yang dikenali sebagai Interbank Market, yang  menjadi pusat pasaran FOREX. Dari sinilah dealer menentukan kadar tukaran yang ditawarkan kepada pedagang runcit seperti kita. Bank-bank utama ini bukan hanya berdagang untuk pelanggan mereka sahaja, mereka juga menguruskan akaun mereka sendiri (yang dikenali sebagai proprietary desks – prop deskKerajaan dan bank-bank pusat juga adalah pemain dalam pasaran ini. Biasanya  peranan mereka dalam kadar tukaran asing adalah untuk memenuhi hasrat polisi kewangan mahupun fiscal Negara seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Dealer dan Broker, mereka ini telah menyediakan capaian pasaran FOREX kepada pelanggan dengan mengenakan caj berdasarkan spread ataupun komisyen, atau kedua duanya sekali. Mereka membuat keuntungan dengan caj-caj ini, namun tidak kurang juga yang mengambil pos yang berlawanan dengan para pelanggan mereka. Yang lebih teruk, ada yang membuat keuntungan dengan menipu pelanggan melalui pelbagai cara teknikal seperti spiking, requites ataupun slippage dalam keadaan pasaran yang tiada slippage. Sebab itu amat penting untuk kita berhati-hati memilih broker atau dealer.
Perbezaan di antara Dealer dan Broker adalah, Broker memberikan kita capaian kepada pasaran Interbank (sesetengah Bank yang mereka wakili bertindak sebagai liquidity providers kepada Broker) dan menyerahkan setiap order kita kepada market. Manakala Dealer pula tidak menyerahkan order kepada market, tapi sebaliknya memberikan kita counterpart. Perlu diingat, terdapat Broker ECN juga yang memberikan kita counterpart melainkan order kita mencapai nilai minimum yang diterima oleh bank, iaitu 10 lot atau 1 juta unit.
Manakala pemain lain dalam pasaran FOREX secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori :Financial Transactor dan Speculator. Financial Transcator terlibat dalam urusniaga FOREX sebagai sebahagian daripada keperluan perniagaan mereka manakala Spekulator pula terlibat untuk mendapatkan keuntungan dari pasaran FOREX semata-mata.
Financial Transactor kebanyakannya adalah golongan pelabur, yang memasuki pasaran untuk mengurangkan risiko perubahan nilai tukaran asing dan melindungi nilai keuntungan. Perniagaan utama mereka adalah sektor lain, tetapi mereka perlu berada dalam pasaran FOREX untuk menjalankan perniagaan mereka dan mengurangkan risiko.


Manakala Speculator, yang mewakili 90% nilaian dalam pasaran, merupakan mereka yang menjadikan keuntungan daripada pasaran FOREX sebagai sasaran utama  mereka. Hedge Fund, CTA (Community Trading Advisor), atau Bank Bank adalah pemain besar dalam kategori ini, dan retail trader seperti kita ini hanyalah di tingkat paling bawah sekali dalam pyramid pasaran.

SPOT FX

Apabila kita menyentuh tentang FOREX, biasanya kita merujuk kepada satu produk sahaja, iaitu SPOT, yang memberi maksud dagangan dilakukan dengan harga semasa atau “on the spot”. SPOT merupakan produk yang paling banyak didagangkan dalam pasaran FOREX, dengan nilaian USD1.5 trillion daripada nilai keseluruhan dagangan USD4 trillion setiap hari (2010).

CIRI CIRI UTAMA PASARAN FOREX

Mengapa anda minat FOREX? Pasaran FOREX ada beberapa ciri yang membuatkannya menjadi pilihan trader, seperti nilai kecairan yang besar, kos yang rendah, dan tempoh masa pasaran dibuka 24 jam lima hari seminggu.
Namun perlu diingat, FOREX adalah pasaran yang “unregulated”. Maksud unregulated adalah tiada pihak yang berautoriti yang mengawal dan menentukan harga dan peraturan, sebaliknya ia hanyalah ditentukan oleh jumlah bank-bank dan dealer yang membenarkan dagangan di antara peserta, dan membenarkan bank atau dealer untuk menentukan harga mereka.
Bagi banyak pihak, ini merupakan satu kekurangan yang utama dalam FOREX kerana dealer berpeluang untuk memanipulasikan harga. Namun dalam masa yang sama “unregulated” ini telah membentuk persaingan di kalangan dealer untuk menawarkan spread dan servis yang paling baik kepada pelanggan.
Walaubagaimanapun, pasaran yang “regulated” tidak bermaksud ia bebas daripada sebarang manipulasi harga. Ia cuma membawa maksud hanya regulator yang boleh

mengawal harga. Mengawal peraturan pasaran bererti berupaya untuk menukarnya bila- bila masa sahaja.
Oleh kerana ia adalah pasaran yang non regulated, FOREX tidak mempunyai waktu ditetapkan yang tertentu, oleh kerana itu ia boleh didagangkan setiap masa, setiap hari dan dapat mengurangkan risiko jurang harga pembukaan. Biasanya hari minggu adalah hari tanpa trade kerana kecairan yang kurang disebabkan bank-bank tutup, dan tiada pergerakan besar yang berlaku.
Justeru, sesi dagangan boleh dikaitkan dengan waktu berkerja bank-bank di setiap zon masa yang berbeza. Sesi dagangan bermula pada pagi Isnin bersamaan dengan bermulanya waktu berkerja Bank di Wellington dan sebahagian zon Asia, dan ia berakhir pada Jumaat seiring dengan tamatnya waktu berkerja Bank-Bank di New York. Ini bermakna, jika bank-bank tutup, kecairan akan berkurangan pada waktu tersebut. Sesi yang paling aktif adalah biasanya sesi Eropah (London session).Ini kerana sesi ini bertindan dengan berakhirnya sesi dagangan Asia dan bermulanya sesi dagangan US.
Salah satu ciri penting pasaran FOREX adalah kecairannya yang besar yang membolehkan kos operasi yang rendah. Ada broker yang tidak mengenakan sebarang caj komisyen, tidak bermakna servisnya adalah percuma, tapi biasanya komisyennya sudah disertakan ke dalam spread di antara harga belian dan harga jualan.
Pasaran FOREX juga mempunyai banyak instrument dagangan yang membolehkan pelbagai teknik dan kaedah digunakan bagi mencari peluang yang terbaik untuk menguasai pasaran.Terdapat empat major pair (EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD and USD/CHF) yang terlibat melebihi separuh daripada keseluruhan nilai dagangan.Minor pair seperti (USD/CAD, AUD/USD and NZD/USD) melengkapkan pair dagangan utama yang terlibat dengan US Dollar. Pair yang terdiri daripada dua matawang bukan USD pula kita namakan sebagai cross pair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan