Ahad, 10 September 2017

MEMAHAMI BAGAIMANA LEVEL 2 PASARAN FOREX DIBINA


Berdasarkan Gambar A , kita akan memisahkan harga mahu membeli(willing to buy) dan harga mahu menjual(willing to sell). Dengan itu kita akan dapat melihat dengan jelas bagaimana pasaran itu dibina dan bagaimana yang dikatakan bahawa spread itu adalah buatan market itu sendiri.



Gambar B  menunjukkan senarai harga dan kuantiti pembeli (customer) yang ada di dalam Pasar Serai dengan menggunakan  jadual yang disusun
Berdasarkan gambar A dan B, berikut adalah senarai harga yang dapat dilihat dari Pasar Serai dan senarai pemain adalah disusun secara rawak(random).
Berikut adalah jadual yang dilihat berdasarkan Gambar di Pasar Serai(Serai Exchange)


Jadual 1: Senarai harga dan kuantiti yang mahu menjual


Producer(Seller)
Price willing to sell

Quantity
S6
RM15
120kg
S1
RM16
150kg
S2
RM17
100kg
S7
RM24
100kg
S5
RM18
200kg
S4
RM20
100kg
S3
RM25
200kg

Total offer
970kg

Jadual 2: Senarai harga dan kuantiti yang mahu membeli


Producer(Buyer)
Price willing to buy

Quantity
B5
RM12
100kg
B2
RM7
200kg
B1
RM8
80kg
B6
RM10
70kg
B4
RM11
50kg
B3
RM5
30kg

Total Bid
530kg

Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 , harga adalah yang disusun secara rawak(random). Berikut adalah penyusunan semula(re-arrangement) berdasarkan dari harga tertinggi kepada harga terendah. Penyusunan harga ini akan memudahkan untuk melihat kedudukan harga itu sendiri.




Producer(Buyer)
Price willing to buy


Quantity



Producer(Seller)
Price willing to sell


Quantity
B5
RM12
100kg
S3
RM25
200kg
B4
RM11
50kg
S7
RM24
100kg
B6
RM10
70kg
S4
RM20
100kg
B1
RM8
80kg
S5
RM18
200kg
B2
RM7
200kg
S2
RM17
100kg
B3
RM5
30kg
S1
RM16
150kg

Total Bid
530kg
S6
RM15
120kg


Total offer

970kg

Jadual 3: Penyusunan semula kedudukan harga mahu menjual dan mahu membeli.

Gambar  dibawah menunjukkan ilustrasi bagaimana untuk menukar Jadual 3 kepada dalam bentuk yang lebih visual (Depth Of Market or DOM).
menunjukkan penyusunan semula kedudukan mahu membeli dan mahu menjual dalam bentuk Visual(Depth Of Market or DOM) berdasarkan jadual 3.




RM25
  [200]
RM24
[100]
RM20
[100]
RM18
  [200]
RM17
[100]
RM16
[150]
RM15
[120]
[100]
RM12

[50]
RM11
[70]
RM10

[80]
RM8

[200]
RM7
[30]
RM5

Gambar C  di atas adalah hasil dari penyusunan semula mahu membeli dan mahu menjual yang terhasil dari gambar B iaitu pemerhatian di Pasar Serai(Serai Exchange). 
Berdasarkan gambar C di atas, dapat diperhatikan beberapa ciri ciri penting iaitu:
·        Spread terhasil dan dapat dilihat dengan jelas. Spread adalah perbezaan antara harga terendah mahu menjual dan harga tertinggi mahu membeli (Spread: Best Offer-Best Bid). Oleh itu, Spread yang terhasil adalah RM15(best offer) ditolak dengan RM12(best bid) menghasilkan nilai spread RM3
Maka, pemerhatian penting bahawa Spread itu adalah buatan market itu sendiri sudah jelas ditunjukkan dari pemerhatian kita kepada Pasar Serai selepas melakukan susunan dalam bentuk yang lebih Visual dan mudah dilihat. Bentuk Visual atau dipanggil Depth Of Market(DOM) ini akan memudahkan pemain pasaran untuk melihat dengan jelas siapakah yang mahu menjual dan mahu membeli serta melihat berapa kah jumlah keseluruhan kuantiti yang ditawarkan pada setiap price. Kesimpulannya, Depth Of Market(DOM) yangditunjukkan di Gambar 6 di atas adalah satu mekanisma untuk mengiklankan harga(advertise mechanism) bagi memudahkan untuk melihat dan mengharapkan terdapat minat(interest) untuk melakukan transaksi dengan mereka berdasarkan susunan harga. Hal ini penting bagi memahami bagaimana pasaran itu yang dibina atas kemahuan pemain pasaran itu sendiri.
Selain dari itu, contoh Pasar Serai ini adalah satu model kecil bagi pasaran atau trading. Konsep ini adalah terpakai bagi semua market yang ada seperti Stock,Equities,Currency,Commodities dan sebagainya. Model ini penting untuk difahami bagi memudahkan kita untuk melihat dengan jelas dan tahu bagaimana asas pasaran yang dibina. Dari model ini, kita akan lebih memahami mengapa kita melakukan trading dan tahu bagaimana pemain pasara(big player) membuat pasar itu sendiri. Dari Model Market yang diterangkan iaitu Pasar Serai, kita dapat simpulkan bahawa pembeli dan penjual yang berada di Pasar Serai dipanggil sebagai MARKET MAKER kerana mereka lah yang membina pasar atau market itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan