Ahad, 10 September 2017

BAGAIMANA PASARAN DIBINA

Market Depth Level 2 (Depth Of Market)


Mengikut definasi investopedia , Market Depth Level 2 ialah “a measure of the number of open buy and sell orders for a security or currency at different prices. The depth of market measure provides an indication of the liquidity and depth for that security or currency.”
Market depth level 2 atau dikenali sebagai Depth Of Market(DOM) adalah satu alat yang digunakan untuk memberi informasi mengenai kecairan pasaran atau liquidity. Depth Of Market juga dikenali sebagai OrderBook. DOM memberi informasi mengenai level atau aras market yang mempunyai kuantiti share yang mahu membeli dan menjual. Depth Of market dapat membantu trader untuk memahami apa yang sedang berlaku di dalam pasaran.
Depth of market (DOM) juga merujuk kepada kuantiti share yang boleh dibeli atau boleh dijual pada satu harga rujukan. Liquidity atau kecairan yang ditunjukkan di Depth Of Market dapat memberitahu apakah keadaan (condition) pasaran adalah dalam keadaan high liquidity atau low liquidity.

Gambar di bawah adalah contoh Depth Of Market(DOM) pada platform Ctrader:


Untuk memahami Market Depth Level 2 atau dikenali sebagai Depth Of Market(DOM) dan bagaimana ia nya dibina, kita perlu memahami asas kepada keperluan dan kemahuan yang dibina di dalam pasar. Perkataan “Pasar” juga dikenali sebagai Exchange. Exchange digunakan untuk melakukan atau menemukan antara pembeli dan penjual dalam satu product yang didagangkan.Bahagian ini juga menerangkan tiga (3) perkara penting dalam memahami bagaimana asas pasaran yang dibina iaitu:

(1)  Tujuan Pasaran Dibina(Purpose Exchange)


(2)  Memahami Bagaimana Level 2 (D.O.M or Depth of Market) dibina.


(3)  Bagaimana Harga digerakkan (How Price Drive?)

Bahagian ini juga akan menerangkan bagaimana Market Depth Level 2 adalah dibina dari kemahuan(willing) dari pemain pasaran yang membentuk market itu sendiri. Pasaran dibina hasil dari kemahuan untuk melakukan transaksi antara pembeli(buyer) dan penjual(seller).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan