Jumaat, 20 Oktober 2017

FAIL TO RETURN (FTR)

FTR

Sebelum menyelesaikan persoalan tentang Price Action, dan mampu membacanya dengan baik, kita perlu meneliti dan memahami setiap satu perkara yang membentuk Price Action itu sendiri.Seumpama sebuah monument yang indah terbentuk pada awalnya dari batu bata yang tersusun cantik.


Bagi kebanyakan kita di sini, keindahan Price Action itu boleh diumpamakan sebagai satu binaan cantik yang tersergam kukuh. Yang membezakannya adalah batu bata yang membentuk Price Action itu diwakili oleh price caps, FTR, Engulf, Fakeouts, QM dan yang sekumpulan dengannya. Di antara batu bata yang membina struktur Price Action ini tiada yang lebih utama daripada Engulf dan FTR.

Kali ini, kita akan membincangkan tentang FTR. Kita akan sama-sama menerokai apakah bentuknya, di mana ia boleh ditemui, dan apakah peranannnya yg dikatakan penting itu di dalam membentuk struktur Price Action. FTR perlu difahami dengan sebaiknya sebelum kita pergi lebih jauh.

Apakah FTR?


Apakah yang dimaksudkan dengan FTR? FTR (Failure To Return) adalah Gagal Untuk Kembali. Siapa yg mahu kembali? Ke mana ia hendak kembali? Dan kenapa ia gagal?

Ini adalah tiga persoalan utama yg perlu kita fahami.


Seperti yang kita sedia maklum, apabila price sampai ke satu satu zon halangan, sama ada ia akan melantun atau pun ia memecahkannya. Apabila ia memecahkannya, ada dua senario yang mungkin berlaku, sama ada ia kembali ke zon tersebut dan teruskan perjalanan ke arah berlawanan dari zon yang dipecahkan, ATAU Gagal Untuk Kembali ke zon tersebut sebaliknya meneruskan perjalanannya setelah memecahkan zon.

Dalam scenario yg kedua ini, FTR telah terbentuk. PERHATIAN! penting untuk kita mengenalinya.

Kenapa? Kerana di sana terdapat tekanan belian atau jualan yang kuat juga dikenali sebagai Supply/Demand di FTR yang menyebabkan harga tidak dapat kembali, sebaliknya teruskan perjalanannya.


Hint 1: tekanan jualan/belian sentiasa berada di FTR setelah price pergi. Cuba kita perhatikan kesannya.

 Sekarang mari kita lihat struktur bentuk FTR.

Gambar yang berikut, kita boleh lihat diagram yang menunjukkan  beberapa variasi asas FTR.


Perhatikan betul betul, kita mungkin nampak ia agak berbeza antara satu sama lain, tapi perlu diingat, semuanya adalah serupa dari segi strukturnya.

Garis merah (a) adalah zon halangan. Boleh jadi SUPPORT / RESISTANT, ada FTR di arah yang berlawanan (akan diterangkan kemudian) ataupun limit PAZ (Price Action Zone)

Price Action memecahkan halangan (1) dan retrace (2). Ia tidak penting sama ada price action merentasi halangan sekali lagi ataupun tidak (seperti contoh ii dan iv di atas). Pada kemuncak retrace, base biasanya akan dibentuk (b).

Seterusnya, Price Action meneruskan perjalanannya (3). FTR dipastikan setelah Price Action memecahkan zon High/Low (c) yang terbentuk setelah price memecahkan zon halangan. Hanya setelah pemecahan (c) barulah boleh kita katakan bahawa  Price Action telah Gagal Untuk Kembali.


FTR Berlaku Apabila SUPPORT / RESISTANCE PECAH

FTR setelah SNR dipecahkan adalah sangat biasa.Ia terdapat banyak di dalam chart dan kita akan belajar untuk mengenalinya.

Terdapat major SNR dan minor SNR yang perlu kita kenalpasti.Dalam zon zon SNR yang penting, di sanalah terbentuk FTR yang lebih signifikan yang perlu kita perhatikan.


MAJOR SNR

Mari kita lihat SNR Major, (penting untuk kita tahu bagaimana membezakan di antara major SNR dan minor SNR)

Dalam Chart yang berikut, kita boleh lihat garis RESISTANCE. RESISTANCE ini adalah garis major, yang telah cuba ditembusi beberapa kali sebelum ini. Tiba tiba garis RESISTANCE ini pecah. Adakah ia Fakeout? Ataupun benar ?Untuk mengetahuinya  kita perlu tunggu sehingga FTR terbentuk.

FTR telah terbentuk.Price telah menjauhi garis RESISTANCE. FTR ini adalah tempat yang menarik untuk trade dalam kedatangan kali pertama. Kedatangan kali pertama mungkin berlaku dalam tempoh satu minggu.Perhatikan tindakbalasnya. Kedatangan yang pertama ke FTR kita kenali sebagai FTB (First Time Back).


Setelah kita mengkaji Diagram di atas, kita boleh cuba perhatikan contoh sebenar FTR. Untuk pemahaman bersama, kita akan lihat dua lagi contoh.



Garis Minor SNR

Penting untuk kita fahami bahawa dalam ketiga-tiga Chart di atas, bukan FTR itu sahaja yg berlaku. Setiap kali Price memecahkan garis SNR minor, gagal untuk kembali dan meneruskan perjalanannya,  FTR telah berlaku.

Dalam lakaran sebenar, chart bukanlah semudah dan secantik diagram di atas. Dalam Chart seterusnya kita boleh perhatikan situasi sebenar chart.



Ambil masa anda dan kaji Chart di atas. Kita tidak akan tandakan semua FTR yang ada kerana ia akan menyemakkan Chart.

Cuba tandakan semua FTR di chart anda. Praktis! Tandakan high/low, lihat di mana ia engulf, kemudian cari FTR. Ulang di high/low seterusnya.

Ingat, tidak semua FTR boleh di Trade.Di sini kita ingin belajar bagaimana untuk mengenali FTR dan bagaimana untuk menandainya.

FTR setelah FTR dipecahkan dalam arah yang bertentangan

FTR terbentuk setelah berlaku engulf di zon halangan. Salah satu zon halangan ini adalah FTR dalam arah yang bertentangan. Cuba lihat diagram di bawah;

Berlaku engulf di FTR d dan FTR 1 terbentuk, dan seterusnya.


Penutup 

Di sini kita cuba untuk memperkenalkan satu elemen penting dalam struktur  Price Action, iaitu FTR. Kita telah pelajari bagaimana FTR terbentuk setelah zon halangan dipecahkan.Perlu kita fahami bawah FTR adalah tempat di mana trader trader besar buka/tutup posisi mereka. Ini bererti ia adalah tempat yang sangat baik untuk kita mencari trade setup atau pun target.Namun demikian, perlu ditekankan bahawa FTR semata-mata tidak cukup untuk trade.Ia perlu datang dengan komponen-komponen lain yang tidak kurang penting seperti, Engulfing misalnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan