Jumaat, 20 Oktober 2017

ENGULF Dan Fungsinya Sebagai "Reversal Trend"



 ENGULF

Bagi mempastikan bahawa harga di satu satu zon itu telah di “reject” sebelum kita memasuki pasaran, ada beberapa corak Price Action yang bagus yang perlu kita perhatikan sebelum memasuki pasaran.

Antara yang paling baik, yang kita akan bincangkan kali ini adalah ENGULF.

Secara mudahnya, ENGULF melibatkan harga membuat lower low sebagai tindak balas terhadap Supply, dan membuat higher high, terhadap Demand. Ini adalah satu petanda yang sangat kuat bawah harga sedang menukar arah.
Seperti mana kita maklum, trend adalah siri-siri pembentukan LL dan LH, atau sebaliknya.Jadi apabila kita dapati berlakunya Lower Low daripada Supply, itu adalah satu petanda yang kuat menunjukkan uptrend mungkin sedang berakhir, dan begitulah sebaliknya jika berlaku Higher High daripada Demand.



Jika anda tidak sabar menantikan berlakunya ENGULF, cuba lihat di Lower Time Frame dan perhatikan Engulf yang telah berlaku lebih awal.


Bolehkah kita trade Engulf sebagai breakout Trade?

Sudah pasti, tapi biasanya harga akan kembali semula selepas engulf, untuk
mengelirukan Breakout Trader dan mencari stoploss, mencipta lebih banyak order untuk dibawa ke arah Big Trader sedang tujui.5511 stop loss, sepatutnya dalam kebanyakan masa, perlu    melangkaui zone yang asal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan