Sabtu, 9 September 2017

TIER DAN MARKET TIDAK CENTRALIZE

Pasaran Forex adalah berbeza dengan pasaran seperti NYSE,Wall Street, Chigago Board trade(CBOT), LSE(London stock exchange)kerana pasaran forex adalah tidak centralize. Tetapi ,trader yang ingin melakukan trading seperti stock dan komoditi perlu melalui centralized market (NYSE,DAX,FTSE dan Lain-lain)




                MARKET TIDAK “CENTRALIZE”

Pasaran Forex adalah dipanggil “Over the counter(OTC)” di mana setiap exchange(pasar) bebas melakukan transaksi di mana-mana selagi ada nya permintaan dan pengeluaran. Disebabkan kefahaman “market tidak centralize”
, ramai trader sukar untuk memahami trading itu sendiri. Kekeliruan ini timbul biasa nya berlaku kepada trader yang baru dan juga trader yang ingin berpindah ke teknik order flow yang lebih mencabar.


Bahagian ini akan menerangkan bagaimana untuk lebih memahami maksud “market is not centralize”. Hal ini penting kerana tanpa pemahaman ini, trader mungkin akan keliru untuk bahagian yang seterusnya. Justeru itu, kita perlu memahami apa itu Interbank, Intra-Bank Markets, dan Retail Market. Ini adalah asas bagaimana multi-tier terbina di dalam foreign exchange.

  Tier 1: Interbank

Kedudukan paling atas di dalam pasaran adalah dikenali sebagai Interbank. Interbank adalah bukan sebuah exchange(pasaran seperti NYSE,CBOT,LSE, dan lain lain) seperti kebanyakan yang trader fikir. Interbank hanyalah sebuah agensi yang berfungsi sebagai penghubung (interaction) atau communication agreement antara setiap Central Bank terbesar di dunia. Berikut adalah ilustrasi mudah untuk menggambarkan apa itu Interbank. Contoh Central Bank adalah seperti US Federal, Bank Pusat Malaysia(Bank Negara) , European Central Bank(ECB) dan sebagainya. Jangan keliru dengan Bank Tempatan(Bank Local) seperti(Cimb Bank,Maybank,Citi Bank,HSBC Bank,PNB Paribas ) iaitu bank bank kecil kerana mereka bukan di Tier 1.



Ilustrasi: Fungsi Interbank sebagai penghubung antara Bank Utama

penghubung untuk setiap Central Bank yang ada di setiap negara. Setiap bank mempunyai kemahuan sendiri untuk membeli atau menjual. Dengan ada nya fungsi Interbank, setiap bank dengan mudah dapat melakukan perniagaan(transaction) dengan bank-bank yang lain.

   Tier 2: Intra-Bank Market


Tier 2 di dalam pasaran adalah yang wujud antara individual bank (atau dikenali sebagai intra-bank) . Sebagai contoh di malaysia adalah seperti Maybank, CIMB Bank Berhad, Citi Bank , Bank Rakyat dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai Intra-Bank . Bank bank ini mempunyai quote market yang berbeza. Contohnya, quote(bid/ask) price untuk EURUSD di Bank CIMB adalah 1.4030/1.4050 manakala di Maybank mungkin 1.4020/1.4030. Bank-bank ini hanya lah mengambil keuntungan dari nilai spread (iaitu perbezaan bid-offer) apabila berlaku transaksi melalui mereka. Gambar 2 di bawah menunjukkan intraksi antara Intra-Bank di mana bank tempatan melakukan transaksi di kedudukan Tier 2.

Ilustrasi: Intra-Bank yang menghubungkan Bank Tempatan(Local Bank) antara satu sama lain untuk membentuk transaksi pasaran antara bank-bank tempatan


  Tier 3 : Retail Market (Peruncit)

Selepas Tier 2(intra-bank), retail market adalah Tier 3 market. Apabila broker seperti Oanda,Forex.com , FXCM etc. mahu menjalankan operasi secara retail, pertama mereka perlukan Liquidity Provider dari bank tier 2. Bank ini bersetuju untuk memberi liquidity jika dan hanya jika mereka(broker) bersetuju untuk mengambil harga quote mengikut harga mereka di EBS.

Perlu di ingat, keuntungan utama Tier 2(Liquidity provider) adalah dari spread market. Mereka mendapat keuntungan dgn mengumpul spread sebanyak yang boleh dari pelanggan.

Retail forex sentiasa menghadapi risiko bermain dalam keadaan akan berjudi. Hal ini kerana majoriti pelanggan peruncit(Retail) hampir mempunyai kosong kefahaman untuk memahami dan melakukan trading dengan berkesan (effective). Maka, mereka sentiasa konsisten dalam kerugian.

95% retail trader adalah mereka yang tidak mengetahui dan tidak mempunyai kemahiran dalam memahami dan mengambil peluang di dalam pasaran. Ini diburukkan lagi apabila speculator akan mengambil kelebihan ini dengan melakukan trading dengan mereka. Retail Market beroperasi di ECN yang menghubungkan antara broker dan Liquidity Provider di Tier 2. Electronic Communication Network(ECN) beroperasi seperti Tier 2 Bank, tetapi wujud di Tier 3. ECN kebiasaan nya melakukan persetujuan(aggrement) dengan beberapa bank di Tier 2 untuk mendapatkan kecairan(liquidity). Contoh ECN broker adalah Currenex dan FXall.

credit:DOM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan