Sabtu, 20 Julai 2019

RULES SCALPER NO 1

Pekara pertama sekali trader yang trade cara scalping perlu tahu dan perlu lakukan adalah membuat pilihan personaliti / karakter / yang betul dan kekal dengan gaya seorang scalper tampa mengubahnya.!!!

Tapi apa yang berlaku kepada korang sekarang adalah korang cakap korang scalper tapi korang sebenarnya tak bertindak sebagai seorang seorang scalper, sebaliknya korang trade dengan pelbagai gaya trading sekejap scalping sekejap swing sekejap intrday. kalau dah identiti korang pon korang tak kenal dan tak kekal macam mana nak dapat rentak trading yang konsisten.

Seorang scalper yang baik dia harus kekal dengan gaya scalper sepanjang masa semasa menjalankan trading.

Kebanyakan dari korang gagal sebab rules no 1 ni lah. Bila trade tak ada dan tak kenal personaliti diri sendiri jenis trader apa memang akan menyebabkan trading jadi melalut.

Bermula sekarang tekad, kalau nak jadi scalper jadi scalper je, kalau nak swing jadi la swinger, pilih 1 je. Tapi kat sini angah ajar jadi scalper 100% kalau rasa ni bukan diri korang boleh la left sekarang.

Dan oleh kerana korang gagal Rules no 1 ni dulu korang tergolong dalam 1  nama golongan trader. Tau apa..? Trader Rojak..!! bila personaliti trader diri jenis trader apa pon tak tau dia mempengaruhi tindakan semasa trading.

Apabila watak pon rojak maka gaya dan cara trading korang pon akan jadi rojak dan itulah kegagalan awal korang.!! tak percaya.?


😁😁😁😁nampakπŸ‘†.?


Baik sekarang nampak dan dah sedar tak..? Bila kita trade dengan watak yang bercampur campur sekejap jadi scalper sekejap jadi swinger makan dia akan mempengaruhi cara kita semasa trade, sebab tu masa trade jadi bercampur gaya teknik jadi macam yang angah cakap kat gambar atas tu dan penghujungnya korang banyak kali gagal sampai  la sekarang ni sampai xjumpa punca, jadi malam ni angah dah bagitau korang apa silapnya

Jadi kesimpulannya RULES NO 1 yang perlu korang follow dan kena buat untuk jadi scalper yang padu adalah

PILIH DAN KEKAL PERSONALITI DIRI BAHAWA KITA ADALAH SEORANG SCALPER YANG TRADE CARA SCALPING DAN BERTINDAK DALAM TRADING HANYA DENGAN CARA SEORANG SCALPER

Lupakan dulu teknik teknik lain dan tak perlu follow yang lain selain scalper. Kekal dulu dengan scalper sampai khatam. bukan angah kata tak boleh belajar cara swinger dan lain lain tapi belum masa lagi. Belajar 1 per 1 nanti bagi mengelakkan korang trade cara ROJAK faham..?!

Angah bagi 1 perumpamaan yang mudah la buat senang korang faham macam ni :

Seorang AHLI TINJU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK CARA BERTINJU

Seorang AHLI SILAT MELAYU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK PERSILATAN

Seorang AHLI KARATE dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK PUKULAN KARATE

Seorang AHLI KUNG FU dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK GAYA KUNG FU

Apa jadi kalau bertarung di gelangang dengan cara sekejap KUNG FU sekejap KARATE sekejap gaya TINJU.? Bertarung cara ROJAK atau macam orang cakap " gaduh koboi" teknik bercampur campur mesti hasilnya tak akan konsisten dan akhirnya gagal

Macam tu jugak lah kita ni Trader. Jadi pegang cara scalper bertindak cara scalper itulah RULES NO 1 untuk jadi scalper padu πŸ˜‰

https://kitabsupplyanddemand.blogspot.com/2019/07/rules-no-2-scalper-wajib-kenal-news.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan