Pasaran dibina
adalah untuk menemukan antara pembeli dan penjual. Exchange adalah tempat(place) untuk melakukan transaksi jual
beli atau persetujuan(agreement)
antara pembeli dan penjual.
Di dalam satu
pasar akan terdapat beberapa pemain utama yang akan melakukan transaksi
perniagaan ini. Antara nya adalah seperti berikut:
I.
Pengeluar(Producer)
: Masuk ke dalam pasaran untuk menjual(Sell Side)
II.
Pengguna (Consumer):
Masuk ke dalam pasaran untuk membeli(Buy Side)
III.
Retail/Speculator/Individual Trader: Masuk ke dalam
pasaran untuk membeli atau menjual (Buy Side or Sell Side)
Perbezaan
utama antara pemain pasaran iaitu Producer,
Consumer dan Retail/Speculator/Individual Trader adalah dari segi kuantiti(size) yang ditawarkan semasa melakukan transaksi. Pengeluar(Producer) dan Penguna(Consumer) sentiasa mempunyai kauntiti(size) yang besar berbanding Retail/Speculator/Individual Trader.
Oleh kerana Producer dan Consumer mempunyai kuantiti(size) yang besar, mereka ini dapat
mengerakkan pasaran ke satu harga yang boleh digunakan untuk melakukan
transaksi.
Retail/Speculator/Individual Trader tidak
mempengaruhi pasaran kerana mereka juga terpaksa membeli daripada pengeluar(consumer). Mereka ini akan membeli atau
menjual dengan kuantiti yang kecil untuk memenuhi keperluan mereka sahaja.
Contoh
kali ini akan menerangkan satu pasar(exchange)
yang sengaja
dibina iaitu PASAR SERAI.Hal ini penting bagi menerangkan bagaimana
pasaran itu dibina. Dari contoh ini, ianya adalah sama bagi semua asas dalam
melakukan satu transaksi. Contoh ini hanya satu MODEL yang kecil agar
dapat kita melihat bagaimana pasaran itu dibina. Oleh itu, dari model kecil
ini, kita akan dapat mempelajari asas utama bagi satu proses yang dinamakan TRADING. Dengan memahami bagaimana
pasaran itu dibentuk,dibina dan digerakkan, ini akan lebih lebih membantu kita
dalam memahami dengan lebih jelas. Tujuan atau fungsi Pasar Serai adalah untuk
menemukan antara penjual dan pembeli.
Di dalam satu
Pasar Serai, kita dapat melihat beberapa pemain utama seperti berikut :
a.
Pengilang/Penjual(Producer or Seller)
b.
Pembeli (Customer or Buyer)
c. Pembeli
kecil (Small Customer) (Retail Shop,Individual Buyer and Speculator)
Gambar 1 di bawah
menunjukkan pemain utama di dalam Pasar Serai (SERAI EXCHANGE). Penjual(seller/producer)
dinamakan sebagai “S” diikuti oleh nombor pemain. Sebagai contoh, S6 adalah
penjual ke-6. Manakala, Pembeli (Buyer/customer)
dinamakan sebagai “B” diikuti oleh nombor pemain. Sebagai contoh, B2 adalah
pembeli ke-2.
Gambar 1: Pasar Serai(Serai Exhange) yang menunjukkan pembeli dan penjual dalam satu tempat(place). |
Seterusnya,
setiap pemain akan memberitahu harga yang mahu menjual atau mahu membeli.
“Harga atau Price” akan dianggap sebagai mekanisma untuk mengiklankan kemahuan bagi tujuan menarik minat pembeli atau penjual atau
dikenali sebagai advertise mechanism. Oleh
itu, kita perlu memahami apa tujuan kehadiran mereka di dalam Pasar Serai.
Berikut adalah mekanisma yang dapat dilihat di dalam Pasar Serai(Serai Exchange) dan tujuan(purpose) mereka hadir di Pasar Serai.
· Akan
menunjukkan harga dan kuantiti untuk memberitahu
mahu menjual(willing to sell)
· Penjual(Producer) mengharapkan kuantiti dan
harga yang ditunjukkan(advertise)
dapat menarik minat pembeli untuk melakukan transaksi.
· Penjual
akan membawa produk mereka iaitu
Serai untuk dijual di dalam Exhange
tersebut dalam kuantiti yang sangat.
· Menunjukkan
harga dan kuantiti untuk memberitahu
mahu membeli(willing to buy)
· Pembeli(Customer) mengharapkan kuantiti dan
harga yang ditunjukkan dapat menarik minat penjual
untuk melakukan transaksi dengan mereka.
· Pembeli(customer) akan membawa wang(money) untuk
digunakan membeli Serai di dalam Exhange tersebut.
·
Pembeli(Customer)
adalah yang mahu membeli dengan jumlah kuantiti yang sangat besar untuk pasaran mereka. Sebagai contoh, pembeli yang membeli Serai untuk penghasilan makanan atau product
tertentu di kilang mereka. Maka, mereka ini memerlukan
Serai yang banyak untuk tujuan
pengeluaran bagi produk mereka yang memerlukan Serai sebagai bahan utama mereka.
· Retail
termasuk lah Peruncit Kedai(Retail Shop),Pembeli Perseorangan(Individual Buyer) dan Speculator
· Tujuan
Retail(customer) hadir di pasar exchange adalah untuk memenuhi keperluan
mereka sendiri. Sebagai contoh, Peruncit kedai(Retail Shop) ingin membeli Serai untuk
dijual di Kedai kecil mereka. Oleh itu,mereka akan membeli secara pukal untuk dijual semula di kedai mereka
sendiri. Boleh berfungsi sebagai pemborong(re-seller).
Kuantiti mereka membeli Serai adalah sederhana banyak tetapi konsisten
pembelian mereka. Konsisten di sini bermaksud, mereka membeli dalam skala masa tertentu. Sebagai contoh, mereka akan
datang ke pasar serai setiap minggu untuk membeli dan memborong serai yang dijual di pasar tersebut
dengan kuantiti yang diperlukan.
· Pembeli
Perseorangan(Individual Buyer) juga mahu membeli untuk keperluan mereka
sendiri. Mereka membeli untuk kegunaan sendiri. Sebagai
contoh, Serai itu digunakan untuk masakan mereka atau untuk tujuan lain.
Kuantiti mereka membeli adalah kecil. Kadar kehadiran mereka ke pasar adalah
tidak tetap dan mereka membeli secara tidak berkala.
·
Speculator adalah
individu atau syarikat kecil yang membeli Serai untuk tujuan menjual semula pada
harga yang dapat menguntungkan mereka. Mereka membeli bukan untuk disimpan atau digunakan bagi keperluan mereka. Mereka
akan berfungsi sebagai orang tengah atau dealer.
Sebagai contoh, Speculator akan
membeli dari pengeluar (producer) dengan kuantiti tertentu pada harga yang
rendah. Kemudian, mereka akan menjual semula kepada individu lain atau kepada
customer lain. Hal ini disebabkan oleh pengeluar(producer) dapat menjual dengan harga
yang murah kepada mereka kerana mereka dapat membeli dengan kuantiti yang agak banyak. Dengan kata lain, mereka
membeli pada harga murah dan menjual semula pada harga yang tinggi kepada consumer yang lain. Keupayaan mereka untuk membeli dengan kuantiti yang agak
banyak dapat menarik minat pengeluar untuk melakukan
transaksi dengan mereka.
Setelah
mengetahui tujuan setiap pemain yang hadir ke pasar, kita perlu memahami dan
melihat bahawa harga tawaran(Price)
oleh setiap pembeli dan penjual perlu dilihat dengan jelas untuk membolehkan
transaksi berlaku selepas minat menjual dan membeli ditunjukkan. Setiap pembeli
dan penjual perlu menunjukkan harga mahu menjual atau mahu membeli (willing to sell or willing to buy).Gambar
2 berikut adalah harga dan kuantiti yang ditunjukkan oleh setiap pembeli(buyer) dan penjual (seller) di dalam Pasar Serai(SERAI EXCHANGE) :
Gambar 2: Penjual dan pembeli menunjukkan kemahuan(willing) atau membuat tawaran dengan mempamerkan harga dan kuantiti Serai yang diperlukan. |
Berdasarkan
Gambar 2, beberapa ciri-ciri penting yang dapat diperhatikan seperti berikut:
I.
Penjual(producer/seller):
·
Penjual akan menunjukkan harga dan kuantiti untuk menjual atau minat untuk menjual(Interest to sell/willing to sell)
·
Penjual(seller/producer)
membawa Serai sebagai product mereka untuk dijual.
Mereka akan menerima wang(money) jika Serai mereka dapat dijual.
·
Penjual dianggap sebagai menyediakan kecairan dalam bentuk produk Serai(provide liquidity)
·
Penjual meminta untuk menjual Serai (demand to sell) mereka dan mengharapkan
ada pembeli yang ingin membeli dan
melakukan transaksi.
II.
Pembeli(customer/buyer)
·
Pembeli akan menunjukkan harga dan kuantiti untuk membeli Serai atau berminat untuk membeli(Interest to buy/willing to buy)
·
Pembeli(customer/buyer)
membawa wang (money) sebagai product
yang digunakan untuk membeli Serai.
Mereka akan menerima Serai jika mereka
berjaya membeli.
·
Pembeli dianggap sebagai penerima kecairan dalam bentuk Serai(taken liquidity)
·
Pembeli meminta untuk
membeli(demand to buy) Serai
dan mengharapkan mereka dapat membeli Serai pada harga yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan