Market Depth Level 2 (Depth Of
Market)
Mengikut
definasi investopedia , Market Depth
Level 2 ialah “a measure of the number of
open buy and sell orders for a security or currency at different prices. The
depth of market measure provides an indication of the liquidity and depth for that security or currency.”
Market depth
level 2 atau dikenali sebagai Depth Of Market(DOM) adalah satu alat yang
digunakan untuk memberi informasi mengenai kecairan pasaran atau liquidity.
Depth Of Market juga dikenali sebagai OrderBook.
DOM memberi informasi mengenai level atau aras market yang mempunyai kuantiti
share yang mahu membeli dan menjual. Depth Of market dapat membantu trader
untuk memahami apa yang sedang berlaku di dalam pasaran.
Depth of market
(DOM) juga merujuk kepada kuantiti share yang boleh dibeli atau boleh dijual
pada satu harga rujukan. Liquidity atau kecairan yang ditunjukkan di Depth Of
Market dapat memberitahu apakah keadaan (condition) pasaran adalah dalam
keadaan high liquidity atau low liquidity.
Gambar di bawah
adalah contoh Depth Of Market(DOM) pada platform Ctrader:
Untuk memahami Market Depth Level 2 atau dikenali
sebagai Depth Of Market(DOM) dan
bagaimana ia nya dibina, kita perlu memahami asas kepada keperluan dan kemahuan
yang dibina di dalam pasar. Perkataan “Pasar” juga dikenali sebagai Exchange. Exchange digunakan untuk melakukan atau menemukan antara pembeli
dan penjual dalam satu product yang
didagangkan.Bahagian ini juga menerangkan tiga (3) perkara penting dalam
memahami bagaimana asas pasaran yang dibina iaitu:
(1)
Tujuan Pasaran Dibina(Purpose Exchange)
(2)
Memahami Bagaimana Level 2 (D.O.M
or Depth of Market) dibina.
(3)
Bagaimana Harga digerakkan (How
Price Drive?)
Bahagian ini juga
akan menerangkan bagaimana Market Depth
Level 2 adalah dibina dari kemahuan(willing)
dari pemain pasaran yang membentuk market
itu sendiri. Pasaran dibina hasil dari kemahuan untuk melakukan transaksi
antara pembeli(buyer) dan penjual(seller).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan