Pasaran Forex adalah berbeza dengan
pasaran seperti NYSE,Wall Street, Chigago
Board trade(CBOT), LSE(London stock
exchange)kerana pasaran forex adalah tidak centralize. Tetapi
,trader yang ingin
melakukan trading seperti
stock dan komoditi perlu melalui centralized market (NYSE,DAX,FTSE dan Lain-lain)
MARKET TIDAK “CENTRALIZE”
Pasaran Forex adalah dipanggil “Over the counter(OTC)” di mana setiap exchange(pasar) bebas melakukan transaksi di mana-mana selagi ada
nya permintaan dan pengeluaran. Disebabkan kefahaman “market tidak centralize”
, ramai trader sukar untuk memahami
trading itu sendiri. Kekeliruan ini timbul biasa nya berlaku kepada trader yang baru dan juga trader yang ingin berpindah ke teknik order flow yang lebih mencabar.
Bahagian ini akan menerangkan bagaimana untuk lebih
memahami maksud “market is not centralize”.
Hal ini penting kerana tanpa pemahaman ini, trader mungkin akan keliru untuk
bahagian yang seterusnya. Justeru itu, kita perlu memahami apa itu Interbank,
Intra-Bank Markets, dan Retail Market. Ini
adalah asas bagaimana multi-tier terbina di dalam foreign exchange.
Tier 1: Interbank
Kedudukan paling atas di dalam pasaran adalah dikenali
sebagai Interbank. Interbank adalah bukan sebuah exchange(pasaran seperti NYSE,CBOT,LSE,
dan lain lain) seperti kebanyakan yang trader fikir. Interbank hanyalah sebuah agensi yang berfungsi sebagai penghubung
(interaction) atau communication agreement antara setiap
Central Bank terbesar di dunia.
Berikut adalah ilustrasi mudah untuk menggambarkan apa itu Interbank. Contoh
Central Bank adalah seperti US Federal, Bank Pusat Malaysia(Bank
Negara) , European Central Bank(ECB) dan
sebagainya. Jangan keliru dengan Bank Tempatan(Bank Local) seperti(Cimb Bank,Maybank,Citi Bank,HSBC Bank,PNB Paribas
) iaitu bank bank kecil kerana mereka bukan di Tier 1.
Ilustrasi: Fungsi
Interbank sebagai penghubung antara Bank Utama
penghubung untuk setiap Central
Bank yang ada di setiap negara. Setiap bank mempunyai kemahuan sendiri
untuk membeli atau menjual. Dengan ada nya fungsi Interbank, setiap bank dengan mudah dapat melakukan perniagaan(transaction) dengan bank-bank yang lain.
Tier
2: Intra-Bank Market
Tier 2 di dalam pasaran adalah
yang wujud antara individual bank
(atau dikenali sebagai intra-bank) . Sebagai contoh di malaysia adalah seperti
Maybank, CIMB Bank Berhad, Citi Bank , Bank Rakyat dan sebagainya adalah
dikategorikan sebagai Intra-Bank .
Bank bank ini mempunyai quote market yang berbeza. Contohnya, quote(bid/ask) price untuk EURUSD di Bank CIMB adalah
1.4030/1.4050 manakala di Maybank mungkin 1.4020/1.4030. Bank-bank ini hanya
lah mengambil keuntungan dari nilai spread
(iaitu perbezaan bid-offer) apabila berlaku transaksi melalui mereka.
Gambar 2 di bawah menunjukkan intraksi antara Intra-Bank di mana bank tempatan
melakukan transaksi di kedudukan Tier 2.
Ilustrasi: Intra-Bank yang menghubungkan Bank
Tempatan(Local Bank) antara satu sama
lain untuk membentuk transaksi pasaran antara bank-bank tempatan
Tier 3 : Retail Market (Peruncit)
Selepas Tier 2(intra-bank), retail market adalah Tier
3 market. Apabila broker seperti Oanda,Forex.com , FXCM etc. mahu menjalankan
operasi secara retail, pertama mereka perlukan Liquidity Provider dari bank tier 2. Bank ini bersetuju untuk memberi
liquidity jika dan hanya jika mereka(broker)
bersetuju untuk mengambil harga
quote mengikut harga mereka di EBS.
Perlu di ingat, keuntungan utama Tier 2(Liquidity
provider) adalah dari spread market. Mereka mendapat keuntungan dgn mengumpul
spread sebanyak yang boleh dari pelanggan.
Retail forex sentiasa menghadapi risiko bermain dalam
keadaan akan berjudi. Hal ini kerana majoriti pelanggan peruncit(Retail) hampir mempunyai kosong
kefahaman untuk memahami dan melakukan trading dengan berkesan (effective). Maka, mereka sentiasa
konsisten dalam kerugian.
95% retail trader adalah
mereka yang tidak mengetahui dan
tidak mempunyai kemahiran dalam memahami dan mengambil peluang di dalam
pasaran. Ini diburukkan lagi apabila speculator
akan mengambil kelebihan ini dengan melakukan trading dengan mereka. Retail
Market beroperasi di ECN yang menghubungkan antara broker dan Liquidity
Provider di Tier 2. Electronic Communication Network(ECN) beroperasi seperti
Tier 2 Bank, tetapi wujud di Tier 3. ECN kebiasaan
nya melakukan persetujuan(aggrement) dengan
beberapa bank di Tier 2 untuk mendapatkan kecairan(liquidity). Contoh ECN broker adalah Currenex dan FXall.
credit:DOM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan