Halaman

Sabtu, 4 April 2020

MAJORITI TRADER GAGAL ATAS FAKTOR TIADA TRADING PLAN..!!

Mungkin termasuk Korang yang sedang membaca sekarang niπŸ€—

Dah belajar trade tapi tak boleh profit
Dah follow sifu power tapi tak dapat rentak
Dah ikut signal power masih jugak lagi gagal

Kadang - kadang rasa naik pening dan hilang punca dah tak tahu kat mana silapnye lagi kan😰

Ramai trader hanya menekan kan beberapa pekara saja untuk berjaya dalam bidang Forex Trading.

Ada yang kejar sifu ternama
Ada yang kejar Teknik hebat
Ada yang cari group signal power

Yang lebih mengusutkan keadaan tu bila sampai pada 1 tahap

πŸ‘‰Bila trade guna teknikal ada sifu forex cakap kena belajar fundamental
πŸ‘‰ Bila belajar trend/ trendline ada sifu cakap kena belajar BBMA
πŸ‘‰ Bila belajar baca candelstik ada sifu kata kena faham baca indikator
πŸ‘‰ Bila belajar Fibo ada sifu pulak kata kena belajar price action

Hujungnya korang akan tersekat xtau mana 1 yang nak di ikut kan

Sampai 1 tahap otak korang dah jadi Blur.. Semua benda nk belajar dan sebenarya tak lah membantu sangat dalam meningkatkn prestasi trading korang tu.

Habis korang rasa korang belajar macam macam tu akan jadi power.? hujungnya nanti akan jadi 1 penyakit kekusutan minda, bila nak trade nanti tak tahu nk guna mana 1.

Dah la tak tau nk guna mana 1, yg lebih parah tu setiap apa yg korang belajar yang banyak banyak tu korang tak kuasai pn sepenuhnya pulak tu setiap 1 nye.

 Kadang - kadang rasa macam putus asa dah dengan dunia FX ni

Bila Trader sembang kawal emosi, Kawal emosi. apa yang korang faham.? Angah berani cakap apa yang korang faham bab kawal emosi tu lebih kurang mcm ni

πŸ‘‰ Trade dalam keadaan happy
πŸ‘‰ Trade tak boleh dalam keadaan tertekan
πŸ‘‰ Trade tak boleh dalam keadaan marah

πŸ‘† Rata rata bila sebut kawal emosi kebanyakan itulah kefahamannya. betul ke tak..?

ZERO TO HERO, [13.10.19 10:22]
Emosi ni lebih kepada mental kita, mentaliti kita, cara pemikiran kita.
Dalam Trading fx ni Jangan lah Terlalu Push diri tu nak belajar semua nak jadi power. Bukan semasa Trading je nak kena kawal emosi time nak belajar pn kena lah pandai kawal dan susun atur emosi tu.

Muasabah diri tu, dan ingat semula apa Tujuan utama kita trade, Nak cari Extra Income kan..? So.? Buat lah.. sama ada kita buat dengan cara simple atau dengan cara sukar.

Ada trader yg sukses guna simple teknik
Ada trader yang sukses guna teknik yang analisa nya lebih berat.

Apa yang Angah nak sampaikan adalah Trade ikut keselesaan dan kefahaman korang, tu je.

Masing masing tujuannya sama, nak kan Profit. Cuma yang berbeza nya adalah Jalan kerja / cara nak dapatkan Profit tu😊

Dalam Fx ni takde siapa salah, kitaran dia sentiasa berulang.

Kalau kau BUY jiran sebelah kau SELL
Kalau kau SELL jiran sebelah kau BUY

Setiap masa Ada orang BUY/SELL dalam masa yang sama.
Hujung nanti tak kan kita nak cakap yang profit tu dia analisa betul, yang loss tu analisa salah. Dalam segala bidang ada kitaran ada masa kita kat atas ada masa kita kat bawah, ada masa kita profit ada masa kita loss.

Sehebat mana kau pandai Analisa bukanlah 1 jaminan 100% yang Entry kau tu cnfrm akan profit.

Cuma apa yang pasti  dengan Lebih banyak dan mendalam membuat sesuatu Analisa hanya akan membantu meningkatkn potensi Entry yang dilakukan tu untuk win/profit.

Setiap trading yang kita lakukan sama ada berjaya atau tak, tidak di sebabkan dengan punca dari 1 faktor saja, contoh ada teknik power pn tak akan mnjamin kita akan sukses, sebalik nya kita akan sukses dengan percaturan dari beberapa faktor antaranya Cara Analisa / teknik trading / kawalan money mngmnt/ kawalan emosi dll.

Semua pekara tu bila di susun atur dan di aplikasi dengan baik, barulah menjadi 1 Strategi Trading yang bakal menghasilkan keputusan yang memuaskan😊

Antara salah 1 Faktor lain nya inilah dia yang Angah nak Share TRADING PLAN


APA ITU TRADING PLAN ANGAH.?

Trading plan adalah 1 struktur rancangan yang di buat di susun atur sebelum melakukan Trading untuk melancarkan perjalanan trading yang bakal kita lakukan setelah mengambil kira dari segi pengiraan CAPITAL / RISK / WIN/LOSS RATIO / KEDAAN MARKET

Trading plan juga di buat agar tujuan Trading kita lebih jelas dan bakal mencapai matlamat yang kita bakal tentukan.

Trading plan Ibarat sebuah GPS bagi kita, Dengan adanya Trading Plan kita akan di bantu untuk sampai ke arah tujuan kita tampa tersesat atau tersasar jauh dari landasan atau matlamat yang sepatutnya yang telah kita rancang sebelum nak mula berdagang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan