FTR
Sebelum menyelesaikan persoalan tentang Price Action, dan mampu membacanya dengan baik, kita perlu meneliti dan memahami setiap satu perkara yang membentuk Price Action itu sendiri.Seumpama sebuah monument yang indah terbentuk pada awalnya dari batu bata yang tersusun cantik.
Apakah yang dimaksudkan dengan FTR? FTR (Failure To Return) adalah Gagal Untuk Kembali. Siapa yg mahu kembali? Ke mana ia hendak kembali? Dan kenapa ia gagal?
Seperti
yang kita sedia maklum, apabila price sampai ke satu satu zon halangan, sama
ada ia akan melantun atau pun ia memecahkannya. Apabila ia memecahkannya, ada
dua senario yang mungkin berlaku, sama ada ia kembali ke zon tersebut dan
teruskan perjalanan ke arah berlawanan dari zon yang dipecahkan, ATAU Gagal
Untuk Kembali ke zon tersebut sebaliknya meneruskan perjalanannya setelah
memecahkan zon.
Garis Minor SNR
FTR
setelah FTR dipecahkan dalam arah yang bertentangan
Sebelum menyelesaikan persoalan tentang Price Action, dan mampu membacanya dengan baik, kita perlu meneliti dan memahami setiap satu perkara yang membentuk Price Action itu sendiri.Seumpama sebuah monument yang indah terbentuk pada awalnya dari batu bata yang tersusun cantik.
Bagi kebanyakan kita di sini, keindahan Price Action
itu boleh diumpamakan sebagai satu binaan cantik yang tersergam kukuh. Yang
membezakannya adalah batu bata yang membentuk Price Action itu diwakili oleh
price caps, FTR, Engulf, Fakeouts, QM dan yang sekumpulan dengannya. Di antara
batu bata yang membina struktur Price Action ini tiada yang lebih utama
daripada Engulf dan FTR.
Kali ini, kita akan membincangkan tentang FTR. Kita
akan sama-sama menerokai apakah bentuknya, di mana ia boleh ditemui, dan apakah
peranannnya yg dikatakan penting itu di dalam membentuk struktur Price Action. FTR perlu difahami
dengan sebaiknya sebelum kita pergi lebih jauh.
Apakah FTR?
Apakah yang dimaksudkan dengan FTR? FTR (Failure To Return) adalah Gagal Untuk Kembali. Siapa yg mahu kembali? Ke mana ia hendak kembali? Dan kenapa ia gagal?
Ini adalah tiga persoalan utama yg
perlu kita fahami.
Dalam scenario yg kedua ini, FTR telah terbentuk.
PERHATIAN! penting untuk kita mengenalinya.
Kenapa? Kerana di sana terdapat tekanan belian atau
jualan yang kuat juga dikenali sebagai Supply/Demand di FTR yang menyebabkan
harga tidak dapat kembali, sebaliknya teruskan perjalanannya.
Hint 1: tekanan
jualan/belian sentiasa berada di FTR setelah price pergi. Cuba kita perhatikan
kesannya.
Sekarang mari kita lihat struktur
bentuk FTR.
Gambar yang
berikut, kita boleh lihat diagram yang menunjukkan beberapa variasi asas FTR.
Perhatikan
betul betul, kita mungkin nampak ia agak berbeza antara satu sama lain, tapi
perlu diingat, semuanya adalah serupa dari segi strukturnya.
Garis merah (a) adalah zon halangan. Boleh jadi SUPPORT / RESISTANT, ada
FTR di arah yang berlawanan (akan diterangkan kemudian) ataupun limit PAZ
(Price Action Zone)
Price Action memecahkan halangan (1) dan retrace (2). Ia tidak penting
sama ada price action merentasi halangan sekali lagi ataupun tidak (seperti
contoh ii dan iv di atas). Pada kemuncak retrace, base biasanya akan dibentuk
(b).
Seterusnya, Price
Action meneruskan perjalanannya (3). FTR dipastikan setelah Price Action memecahkan
zon High/Low (c) yang terbentuk setelah price memecahkan zon halangan. Hanya
setelah pemecahan (c) barulah boleh kita katakan bahawa Price Action telah Gagal Untuk Kembali.
FTR Berlaku Apabila SUPPORT /
RESISTANCE PECAH
FTR
setelah SNR dipecahkan adalah sangat biasa.Ia terdapat banyak di dalam chart
dan kita akan belajar untuk mengenalinya.
Terdapat major
SNR dan minor SNR yang perlu kita kenalpasti.Dalam zon zon SNR yang penting, di
sanalah terbentuk FTR yang lebih signifikan yang perlu kita perhatikan.
MAJOR SNR
Mari kita lihat SNR Major, (penting untuk kita tahu bagaimana membezakan
di antara major SNR dan minor SNR)
Dalam Chart yang berikut, kita boleh lihat garis RESISTANCE. RESISTANCE
ini adalah garis major, yang telah cuba ditembusi beberapa kali sebelum ini.
Tiba tiba garis RESISTANCE ini pecah. Adakah ia Fakeout? Ataupun benar ?Untuk
mengetahuinya kita perlu tunggu sehingga
FTR terbentuk.
FTR telah terbentuk.Price telah menjauhi garis RESISTANCE. FTR ini adalah
tempat yang menarik untuk trade dalam kedatangan kali pertama. Kedatangan kali
pertama mungkin berlaku dalam tempoh satu minggu.Perhatikan tindakbalasnya.
Kedatangan yang pertama ke FTR kita kenali sebagai FTB (First Time Back).
Setelah kita
mengkaji Diagram di atas, kita boleh cuba perhatikan contoh sebenar FTR. Untuk
pemahaman bersama, kita akan lihat dua lagi contoh.
Garis Minor SNR
Penting
untuk kita fahami bahawa dalam ketiga-tiga Chart di atas, bukan FTR itu sahaja
yg berlaku. Setiap kali Price memecahkan garis SNR minor, gagal untuk kembali
dan meneruskan perjalanannya, FTR telah
berlaku.
Dalam lakaran sebenar, chart
bukanlah semudah dan secantik diagram di atas. Dalam Chart seterusnya kita
boleh perhatikan situasi sebenar chart.
Ambil
masa anda dan kaji Chart di atas. Kita tidak akan tandakan semua FTR yang ada
kerana ia akan menyemakkan Chart.
Cuba tandakan
semua FTR di chart anda. Praktis! Tandakan high/low, lihat di mana ia engulf,
kemudian cari FTR. Ulang di high/low seterusnya.
Ingat, tidak
semua FTR boleh di Trade.Di sini kita ingin belajar bagaimana untuk mengenali
FTR dan bagaimana untuk menandainya.
FTR terbentuk
setelah berlaku engulf di zon halangan. Salah satu zon halangan ini adalah FTR
dalam arah yang bertentangan. Cuba lihat diagram di bawah;
Berlaku engulf di FTR d dan FTR 1
terbentuk, dan seterusnya.
Penutup
Di sini kita cuba untuk memperkenalkan satu elemen penting dalam
struktur Price Action, iaitu FTR. Kita
telah pelajari bagaimana FTR terbentuk setelah zon halangan dipecahkan.Perlu
kita fahami bawah FTR adalah tempat di mana trader trader besar buka/tutup
posisi mereka. Ini bererti ia adalah tempat yang sangat baik untuk kita mencari
trade setup atau pun target.Namun demikian, perlu
ditekankan bahawa FTR semata-mata tidak cukup untuk trade.Ia perlu datang
dengan komponen-komponen lain yang tidak kurang penting seperti, Engulfing
misalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan