Pasaran Matawang
Kita sedar atau tidak, pasaran matawang sebenarnya memberi impak yang
besar dalam kehidupan seharian kita.Dari aspek tukaran matawang asing yang kita
lakukan apabila kita ke luar negara, sehinggalah kepada nilai pendapatan dan
perubahan harga barangan import yang terkesan daripada perubahan nilai matawang
asing.
Apa itu Pasaran Matawang?
Pasaran boleh diertikan sebagai tempat di mana kita berinteraksi untuk
membeli atau menjual sesuatu barangan, sama ada pasaran konvesional seperti
pasar basah dan pasaraya, atau pun pasaran maya seperti ebay, kedai online
facebook dan instagram.
Dalam pasaran kewangan antarabangsa, kita ada New York Stock Exchange
(NYSE) dan Chicago Mercantile Exchange (CME), ataupun institusi pasaran
dagangan elektronik (NASDAQ), yang dijadikan sebagai platform dagangan
bagi share, komoditi, bond dan matawang. Dalam pasaran matawang, juga dikenali
sebagai FOREX MARKET, pedagang mempunyai platform untuk bertukar-tukar matawang
Dollar, Euro, Pound, Yen dan seumpamanya.
Kenapa kita memerlukan pasaran tukaran matawang asing?Pasaran Matawang
adalah instrument yang sangat penting bagi merealisasikan urusan perdagangan di
antara dua Negara yang mempunyai matawang berbeza.Bayangkan, sebagai contoh,
pengilang di China mendapat tempahan sepuluh ribu helai t-shirt daripada
pemborong dari Negara Eropah.Pemborong ini perlu menukar matawang Euro mereka
kepada USD untuk membayar pengilang di China. Dalam masa yang sama, pengilang
China ini perlu membeli kapas di pasaran komoditi, yang didagangkan dalam USD.
Selebihnya mereka perlu menukarkan matawang USD tadi kepada Yuan untuk membayar
gaji pekerja di China.Atau mungkin mereka bercadang untuk membuka perniagaan di
UK, mereka perlu menukarkan matawang USD
yang dibayar tadi kepada British Pound. Tanpa pasaran matawang, semua urusniaga
ini tidak akan dapat dilaksanakan secara lancar.
Pasaran tukaran matawang asing menyediakan mekanisme untuk membuat
pembayaran antara Negara bagi memindahkan kuasa belian daripada satu matawang
kepada satu matawang yang lain, dan memastikan nilai semasa setiap matawang adalah jelas dan boleh digunapakai.
Perkembangan FOREX
Pengurup Wang pernah dikesan seawal zaman Rom silam, namun forex yang
kita kenali hari ini telah berkembang dengan pesat.Sejak tahun 1970an, telah
berlaku perubahan struktur kewangan yang mendadak dalam sistem kewangan dan
ekonomi serantau.
Perubahan dalam sistem kewangan antarabangsa, daripada kadar tukaran
tetap seperti yang telah digariskan dalam Perjanjian Bretton Woods, kepada
kadar tukaran berubah sejak awal tahun
70an hingga ke hari ini.
Perubahan peraturan kewangan serantau telah membawa kepada kebebasan
dalam transaksi kewangan dan meningkatkan persaingan di kalangan institusi
kewangan.
Kebebasan Perdagangan antarabangsa, yang termaktub dalam pelbagai
perjanjian perdagangan membawa kepada perkembangan yang pesat dalam pemindahan
modal serantau.
Peningkatan dalam aspek teknologi membolehkan perkongsian maklumat
pasaran dan transaksi kewangan dilakukan dengan pantas dan berkesan.Pembentukan
Instrumen Kewangan moden dan kehadapan dalam mengiringi perkembangan Sistem
Kewangan.
Semua ini telah menjadi asas yang memberangsangkan dalam perkembangan
perdagangan FOREX.Dalam tahun-tahun awal abad ke 21, kemajuan yang besar dalam
perdagangan berasaskan internet telah membolehkan trader trader kecil memasuki
pasaran FOREX, yang mana sebelum ini secara tradisinya adalah lapangan
bank-bank utama dunia sahaja.
Siapakah pemainnya?
Oleh kerana kita akan bersama mereka dalam perdagangan, amat penting
untuk kita mengetahui dan mengenali siapakah pemain di dalam lapangan pasaran
matawang ini.
Pemain yang utama adalah kumpulan bank-bank besar yang mampu menggerakkan
harga pasaran. Mereka berdagang menerusi dua cara, EBS dan Reuters Dealing.
Bank-bank ini membentuk jaringan yang dikenali sebagai Interbank Market,
yang menjadi pusat pasaran FOREX. Dari
sinilah dealer menentukan kadar tukaran yang ditawarkan kepada pedagang runcit
seperti kita. Bank-bank utama ini bukan hanya berdagang untuk pelanggan mereka
sahaja, mereka juga menguruskan akaun mereka sendiri (yang dikenali sebagai proprietary desks – prop desk) Kerajaan dan bank-bank pusat juga adalah pemain dalam pasaran ini.
Biasanya peranan mereka dalam kadar
tukaran asing adalah untuk memenuhi hasrat polisi kewangan mahupun fiscal
Negara seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Dealer dan Broker, mereka ini telah menyediakan capaian pasaran FOREX
kepada pelanggan dengan mengenakan caj berdasarkan spread ataupun komisyen,
atau kedua duanya sekali. Mereka membuat keuntungan dengan caj-caj ini, namun
tidak kurang juga yang mengambil pos yang berlawanan dengan para pelanggan
mereka. Yang lebih teruk, ada yang membuat keuntungan dengan menipu pelanggan
melalui pelbagai cara teknikal seperti spiking,
requites ataupun slippage dalam keadaan pasaran yang tiada slippage. Sebab itu amat
penting untuk kita berhati-hati memilih broker atau dealer.
Perbezaan di antara Dealer dan Broker adalah, Broker memberikan kita
capaian kepada pasaran Interbank (sesetengah Bank yang mereka wakili bertindak
sebagai liquidity providers kepada
Broker) dan menyerahkan setiap order kita kepada market. Manakala Dealer pula
tidak menyerahkan order kepada market, tapi sebaliknya memberikan kita
counterpart. Perlu diingat, terdapat Broker ECN juga yang memberikan kita
counterpart melainkan order kita mencapai nilai minimum yang diterima oleh
bank, iaitu 10 lot atau 1 juta unit.
Manakala pemain lain dalam pasaran FOREX secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori :Financial
Transactor dan Speculator.
Financial Transcator terlibat dalam urusniaga FOREX sebagai sebahagian daripada
keperluan perniagaan mereka manakala Spekulator pula terlibat untuk mendapatkan
keuntungan dari pasaran FOREX semata-mata.
Financial Transactor kebanyakannya adalah golongan pelabur, yang memasuki
pasaran untuk mengurangkan risiko perubahan nilai tukaran asing dan melindungi
nilai keuntungan. Perniagaan utama mereka adalah sektor lain, tetapi mereka
perlu berada dalam pasaran FOREX untuk menjalankan perniagaan mereka dan
mengurangkan risiko.
Manakala Speculator, yang mewakili 90% nilaian dalam pasaran, merupakan
mereka yang menjadikan keuntungan daripada pasaran FOREX sebagai sasaran
utama mereka. Hedge Fund, CTA (Community
Trading Advisor), atau Bank Bank adalah pemain besar dalam kategori ini, dan
retail trader seperti kita ini hanyalah di tingkat paling bawah sekali dalam
pyramid pasaran.
SPOT FX
Apabila kita menyentuh tentang FOREX, biasanya kita merujuk kepada satu
produk sahaja, iaitu SPOT, yang memberi maksud dagangan dilakukan dengan harga
semasa atau “on the spot”. SPOT merupakan produk yang paling banyak didagangkan
dalam pasaran FOREX, dengan nilaian USD1.5 trillion daripada nilai keseluruhan
dagangan USD4 trillion setiap hari (2010).
CIRI CIRI UTAMA PASARAN FOREX
Mengapa anda minat FOREX? Pasaran FOREX ada beberapa ciri yang
membuatkannya menjadi pilihan trader, seperti nilai kecairan yang besar, kos
yang rendah, dan tempoh masa pasaran dibuka 24 jam lima hari seminggu.
Namun perlu diingat, FOREX adalah pasaran yang “unregulated”. Maksud unregulated adalah tiada pihak yang
berautoriti yang mengawal dan menentukan harga dan peraturan, sebaliknya ia
hanyalah ditentukan oleh jumlah bank-bank dan dealer yang membenarkan dagangan
di antara peserta, dan membenarkan bank atau dealer untuk menentukan harga
mereka.
Bagi banyak pihak, ini merupakan satu kekurangan yang utama dalam FOREX
kerana dealer berpeluang untuk memanipulasikan harga. Namun dalam masa yang
sama “unregulated” ini telah membentuk persaingan di kalangan dealer untuk
menawarkan spread dan servis yang paling baik kepada pelanggan.
Walaubagaimanapun, pasaran yang “regulated” tidak bermaksud ia bebas
daripada sebarang manipulasi harga. Ia cuma membawa maksud hanya regulator yang
boleh
mengawal harga. Mengawal peraturan pasaran bererti berupaya untuk
menukarnya bila- bila masa sahaja.
Oleh kerana ia adalah pasaran yang non regulated, FOREX tidak mempunyai
waktu ditetapkan yang tertentu, oleh kerana itu ia boleh didagangkan setiap
masa, setiap hari dan dapat mengurangkan risiko jurang harga pembukaan.
Biasanya hari minggu adalah hari tanpa trade kerana kecairan yang kurang
disebabkan bank-bank tutup, dan tiada pergerakan besar yang berlaku.
Justeru, sesi dagangan boleh dikaitkan dengan waktu berkerja bank-bank di
setiap zon masa yang berbeza. Sesi dagangan bermula pada pagi Isnin bersamaan
dengan bermulanya waktu berkerja Bank di Wellington dan sebahagian zon Asia,
dan ia berakhir pada Jumaat seiring dengan tamatnya waktu berkerja Bank-Bank di
New York. Ini bermakna, jika bank-bank tutup, kecairan akan berkurangan pada
waktu tersebut. Sesi yang paling aktif adalah biasanya sesi Eropah (London
session).Ini kerana sesi ini bertindan dengan berakhirnya sesi dagangan Asia
dan bermulanya sesi dagangan US.
Salah satu ciri penting pasaran FOREX adalah kecairannya yang besar yang
membolehkan kos operasi yang rendah. Ada broker yang tidak mengenakan sebarang
caj komisyen, tidak bermakna servisnya adalah percuma, tapi biasanya
komisyennya sudah disertakan ke dalam spread di antara harga belian dan harga
jualan.
Pasaran FOREX juga mempunyai banyak instrument dagangan yang membolehkan
pelbagai teknik dan kaedah digunakan bagi mencari peluang yang terbaik untuk
menguasai pasaran.Terdapat empat major pair (EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD and
USD/CHF) yang terlibat melebihi separuh daripada keseluruhan nilai
dagangan.Minor pair seperti (USD/CAD, AUD/USD and NZD/USD) melengkapkan pair
dagangan utama yang terlibat dengan US Dollar. Pair yang terdiri daripada dua
matawang bukan USD pula kita namakan sebagai cross pair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan