Dealer dan broker membantu peniaga untuk melakukan
transaction. Dealer (pemborong)
melakukan transaksi apabila pelanggan(client)
mahu atau meminta untuk melakukan transaksi(trading).
Setiap trader mahu melakukan trading pada harga yang terbaik. Penjual akan
mencari pembeli yang mahu membeli dengan harga yang tinggi. Manakala, pembeli
mahu membeli dan mencari pada harga yang murah dari para penjual. Trader juga
perlu mencari siapa yang mahu melakukan transaksi dengan jumlah(size) yang mereka mahu(desire). Trader yang mahu melakukan
transaksi dengan jumlah yang sangat besar perlu mencari trader(pembeli/penjual)
yang mahu melakukan transaksi dan dipersetujui semasa transaksi dilakukan.
Salah satu kesilapan yang trader fikir adalah dengan
mengatakan bahawa harga bergerak naik disebabkan oleh lebih banyak pembeli(buyer) dan harga bergerak turun
disebabkan oleh lebih banyak penjual(seller)
. Inilah kesilapan apa yang difahami oleh ramai orang. Mekanisma harga bergerak
adalah untuk menemukan pembeli dan penjual pada
satu harga yang dipersetujui. Jika kita ingin membeli, perlu lah mempunyai
penjual. Jika tidak, kita tidak akan dapat untuk membeli. Anda tidak dapat membeli sebiji
epal jika tiada penjual.Anda tidak dapat menjual sebiji epal jika tiada pembeli.
ORDER DAN CIRI CIRI ORDER
Order memberi
arahan mengenai dagangan posisi yang ingin dilakukan. Order menerangkan secara specific mengenai siapa yang mahu melakukan trading, mahu membeli atau mahu menjual,
jumlah yang mahu dilakukan, masa dan bagaiman cara untuk dilakukan.
Sebagai seorang trader, anda
perlu paham mengenai order. Perkara ini amat penting untuk poisis kita akan
yang membezakan sama ada good trade , bad trade atau no trade .
Dengan memahami order, kita akan memahami apa
itu yang dimaksudkan dengan liquidity atau
kecairan pasaran. Asas ini adalah sangat penting untuk difahami sebagai
seorang trader.
LIQUIDITY ATAU KECAIRAN
Mengikut
definasi dari Investopedia:
“Liquidity is the degree
to which an asset or security can be bought
or sold in the market without affecting the asset price”
Maka, ciri penting liquidity
adalah “bolehkah anda menjual” atau
“mampu kah anda mahu menjual asset ini” atau “jika anda mahu menjual,
mudah kah anda untuk mencari pembeli ?
Liquidity adalah kemampuan(ability) untuk melakukan transaksi. Sebagai contoh, seorang penjual A
mahu menjual sebanyak 10,000 unit kereta yang disimpan. Kita katakan ianya
sebagai “high liquidity” jika terdapat
pembeli yang mahu membeli
semua kereta ini. Bermakna, penjual A tadi dengan mudah dapat
mencari pembeli. Manakala, kita katakan sebagai “low liquidity” jika kemampuan untuk melakukan transaksi adalah gagal. Sebagai contoh, seorang penjual B mahu menjual
sebanyak 1,000 unit kereta.Tetapi, tiada siapa yang mahu membeli kereta ini , penjual B “sukar” untuk menjual dan
mencari pembeli. Dalam keadaan “low liquidity” di mana kegagalan untuk menjual, penjual B tadi perlu
mengerakkan harga lebih rendah untuk “menarik” minat pembeli untuk mengambil kuantiti tersebut. Oleh
itu, harga bergerak dari low liquidity (dari tidak mampu) kepada
high liquidity (mampu).
Pasaran juga dianggap sebagai “high liquid” jika ianya boleh melakukan transaksi tanpa mengubah harga. Pasaran yang mempunyai “standing limit order” yang banyak pada suatu harga juga dikatakan sebagai “high liquid”. Standing limit order adalah kedudukan limit order yang banyak pada satu price.
Dengan memahami order, kita akan dapat lebih memahami dengan jelas bagaimana untuk mengetahui dari mana asal nya liquidity.
APA ITU ORDER? DAN
MENGAPA DIGUNAKAN?
Order adalah arahan (instruction) atau penunjuk bagi trader untuk memberitahu
kepada broker yang akan melakukan dan menyusun posisi mereka. Instruction atau arahan order tersebut
akan memberitahu bagaimana order tersebut
akan dilakukan.
Berikut adalah
ciri-ciri order :
- Jumlah untuk melakukan trade(How much to trade)
- Mahu menjual atau mahu membeli (Buy or sell)
- Keadaan di mana dan pada harga apa yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual( Condition for accept the price)
- Berapa lama order tersebut akan diletakkan (Valid till cancel)
Trader menunjukkan
kemahuan membeli dan menjual dengan membuat “bids” dan “offer” . Bid dan offer adalah tawaran yang dibuat oleh pemain pasaran yang mahu
melakukan transaksi. Offer adalah
orang yang “mahu menjual” . Manakala bid adalah
“mahu membeli”
Bid dan offer mengandungi informasi
mengenai harga dan jumlah yang diterima
oleh trader. Sesetengah memangilnya sebagai “asking price”, “biding price”
atau mudah nya bid dan ask.
BEST
BID DAN BEST ASK
Best bid adalah harga tertinggi
yang mahu membeli. Best offer adalah
harga terendah mahu menjual. Perlu juga diingat, best bid dan offer adalah
harga terbaik untuk trader melakukan “market order” sahaja ketika itu. Di sudut trader yang menjual dan membeli,
mereka sebenarnye memegang
“worst price” untuk yang
mahu menjual dan membeli. JANGAN KELIRU. Ini
bermakna:
- Jika ada yang mahu menjual(sebagai market order), harga terbaik untuk menjual adalah di best bid.
- Jika ada yang mahu membeli(sebagai market order), harga terbaik untuk membeli adalah di best offer.
LIMIT ORDER
Limit order adalah arahan(instruction) untuk melakukan transaksi
pada kedudukan harga yang terbaik di bawah atau di atas harga spread(market). Kebarangkalian untuk limit order diambil adalah bergantung
kepada limit harga itu sendiri. Jika harga terlalu jauh dari limit best price,
kebarangkalian untuk tidak berlaku nya transaksi adalah sangat tinggi.
Best bid dan
best offer juga dipanggil sebagai “market
“.
Jika limit order di atas best offer :
· buy order adalah “market order”
·
Sell order adalah spread(market)
Jika limit price berada di
antara best bid dan best offer (berada di antara market)
·
Buy order adalah di dalam spread(market)
·
Sell order adalah di dalam spread(market)
Jika limit
price berada di best bid
·
Buy order adalah spread(market)
·
Sell order adalah market order
Jika limit
price berada di bawah best bid
·
Buy order adalah di belakang spread(market)
·
Sell order adalah market order
Berikut adalah gambar dan ilustrasi bagaimana menerangkan bagaimana limit order yang terletak di kedudukan tertentu yang akan
mempengaruhi dan membentuk market.
![]() |
Ilustrasi penggunaan
Limit Order dan kedudukan Limit Order yang mempengaruhi aggresive dan kedudukan
pemain pasaran |
CIRI CIRI PENTING “LIMIT ORDER”
- Limit order boleh dibatalkan atau “cancel” . Ini memberi peluang kepada pemain pasaran untuk menunjukan minat sahaja untuk menjual dan membeli. Sebagai contoh, Ahmad mahu membeli pada harga RM20 dan market pada kedudukan RM29. Ahmad boleh “cancel” order ini pada bila-bila masa sahaja jika spread(market) menghampiri kedudukan beliau. Sesetengah broker mengenakan kos yang tinggi kepada pemain pasaran(participant) jika mahu “cancel” order yang dihantar.
- Limit order menunjukan ketidakhadirian(absent) pemain pasaran(participant) di dalam pasaran. Broker sentiasa melihat dan mengawasi(monitoring) di kawasan limit order untuk menentukan dan menetapkan strategi yang akan digunakan. Dengan meletakkan limit order, pemain pasaran dapat masuk ke dalam market pada bila bila masa sahaja.
·
Antara risiko penting yang perlu difahami apabila melibatkan limit order
adalah seperti berikut:
1. Execution limit order
adalah tidak dijamin akan dipenuhi(fill). Jika harga tidak
menghampiri limit order, pemain
pasaran akan gagal untuk melakukan transaksi.
2. Risiko
harga melawan arah harga pada limit order.
Order pemain akan dipenuhi(fill) tetapi risiko untuk harga melawan arah tetap tinggi.
STOP ORDER
Stop order adalah
arahan kepada broker apabila posisi trader yang sudah di isi(fill) dan meletakkan di harga tertentu
untuk keluar dari pasaran jika harga bergerak melawan arah. Stop Order juga
dipanggil sebagai STOP LOSS.
Trader menggunakan stop
order untuk mengurangkan risiko apabila harga melawan mereka.
Sebagai contoh,
Trader A telah membeli Serai pada harga RM 10 dengan kuantiti sebanyak 500
unit. Trader A meletakkan stop loss pada harga RM8 sebanyak 500unit jika harga
sampai di RM8. Jika harga Serai jatuh ke RM8, Broker trader A akan “immediately” menjual semua 500unit yang
dibeli oleh Trader A tadi. Ini bermakna, Broker tadi perlu mencari “pembeli”
untuk mengambil 500unit tadi ATAU broker boleh menyimpan dahulu sebelum menjual
dengan harga yang lebih tinggi lagi. Perhatikan bahawa 500unit serai tidak berubah
apabila posisi menghampiri harga Stop Loss.
HUBUNGKAIT ANTARA STOP ORDER DAN
KECAIRAN(LIQUIDITY)
·
Stop order dapat mengubah
kedudukan harga. Harga berubah kerana dominasi salah satu side(buyer atau seller) yang mengawal “demand”
yang melebihi kemahuan yang ada ketika itu.
·
Stop order sentiasa menyumbang kepada dominasi satu
side(buyer atau seller) untuk melakukan transaksi.
·
Stop order sentiasa “menambah momentum(kekuatan)”
kepada pasaran ketika itu.
·
Trader yang menggunakan “buy stop atau sell stop
order” , juga menyumbang kepada
momentum ditambah dengan kekuatan stop loss trader. Kombinasi ini akan
menyebabkan ketidak seimbangan antara yang mahu membeli dan mahu menjual
(demand dan supply)
·
Kecairan(liquidity) akan bertambah pada satu harga
yang mempunyai banyak Stop Loss. Kecairan (liquidity) ini akan menyebabkan
kekuatan dan sentiment pasaran berubah arah.
Bahagian ini akan menerangkan bagaimana stop loss trader boleh memberi kesan kepada pergerakan harga di
dalam pasaran. Perlu difahami bagaimana stop loss itu adalah market order kepada broker. Sila pahamkan contoh di bawah.
Trader A membuat buy
order di price RM100 dengan
kuantiti 200unit ,dan Trader A meletakkan harga RM95 sebagai stop
loss .Ini bermakna, jika price hit stop loss Trader A di RM95. Trader A akan keluar
dari pasaran serta merta.Trader A menggunakan Broker Z sebagai medium untuk
melakukan transaksi ini.
Dari pemerhatian penting dan apa
yang berlaku di sudut kedudukan broker
adalah:
1)
Stop loss di RM95 itu adalah sell
order untuk broker
2) Ini
bermakna, apabila harga mencapai RM95 . Broker
bertanggungjawab untuk mengambil
posisi kita dan mereka akan membuat sell order di dalam market. Sell order sebanyak 200unit ini lah yang
akan membawa harga jauh ke bawah jika tiada yang dapat memenuhi 200unit ini.
3) Bayangkan
jika stop loss (sell order) itu
banyak??? Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan antara penjual dan
pembeli yang sangat ketara.
4) Kedudukan Stop Loss ini juga akan memberi peluang kepada pemain lain untuk mengambil kesempatan pada kedudukan
harga yang lebih menarik minat mereka.
Mengapa hal ini penting untuk difahami?? Perlu diingat, jika terdapat
banyak stop loss trader daripada semua trader . Stop loss itu boleh digunakan oleh pemain utama(big player) untuk mendapatkan harga yang
mereka mahu. Erti lain, mereka boleh mendapatkan premium atau discount price dari
pasaran.
Berikut adalah
contoh bagaimana Stop Loss berfungsi dan bagaimana peranan broker apabila Stop Loss trader telah dicapai(hit):
Jika
pemain utama(big player) mahu membeli
matawang Euro-Usd , mereka akan
melihat sentiment di dalam market. Mereka akan mencari di mana stop loss trader yang banyak. Ini
kerana, jika stop loss itu dapat dicari, stop loss ini dapat membawa harga jauh
ke bawah dan pada yang sama, apabila stop loss itu sudah dilanggar, mereka akan
masuk membeli dengan banyak nya hanya jika selepas stop ini dilanggar.(Hanya
jika big player mahu membeli matawang EuroUsd). INGAT: Hal ini disebabkan oleh peranan Stop Loss yang berfungsi
sebagai sell order bagi broker. Oleh
itu, broker akan menjual semula kepada pemain utama(big player).
Berikut adalah asas ilustrasi
kepada pergerakan contoh di atas.
![]() |
Ilustrasi penggunaan, fungsi dan peranan Stop Loss di dalam
pasaran
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan