Sabtu, 30 September 2017

Desicion Point (DP) Zon Supply And Demand Dan Peranan Double Maru

Zon Supply Dan Demand Yang Tepat Mesti Ada Significant Move. Pergerakan Yang Kuat Setelah Pattern Candle Bearish Engulfing atau Bullish Engulfing atau Double Maru.



  1. Zon Desicion Point (DP) Area Supply




Selepas Zone Supply Terbentuk. Wajib Ada Significant Drop atau Pergerakan Menurun atau Pergerakan Sell Yang Kuat. Bila Berlaku Begini. Ini Adalah Zone Supply Yang tepat.

 
   2.Zon Desicion Point (DP) Area Demand




Selepas Zone Demand Terbentuk.Wajib Ada Significant Rally atau Pergerakan Menaik atau Pergerakan Buy Yang Kuat.Bila Berlaku Begini. Ini Adalah Zone Demand Yang Tepat.


Peranan Dan Fungsi Double Maru (DM)










Rabu, 27 September 2017

Pattern Supply (RBD, DBD) Dan Pattern Demand (DBR,RBR)



Ada Dua Jenis Zone Supply Iaitu RALLY BASE DROP (RBD) DAN DROP BASE DROP (DBD) Dan Ada Dua Jenis Zone Demand Iaitu DROP BASE RALLY (DBR) DAN RALLY BASE RALLY (RBR).


  1. Zone Supply Rally Base Drop (RBD)
Rally Base Drop


Rally Adalah Pergerakan Menaik atau Buy Yang Kuat. Base Pergerakan Buy Dan Sell Seimbang.Drop Adalah Pergerakan Menurun atau Sell Yang Kuat.

Cara Marking Zone Supply Rally Base Drop (RBD)




  2.Zone Supply Drop Base Drop (DBD)



Drop Adalah Pergerakan Menurun atau Sell Yang Kuat. Base Market Retrace Seketika. Drop Adalah Pergerakan Menurun atau Sell Yang Kuat..

Cara Marking Zone Supply Drop Base Drop (DBD)




Jenis Zon Demand

  1. Demand Drop Base Rally (DBR)
  2. Demand Rally Base Rally (RBR)




Drop Adalah Pergerakan Menurun atau Sell Yang Kuat.Base Pergerakan Buy Dan Sell Seimbang. Rally Adalah Pergerakan Menaik atau Buy Yang Kuat.



Cara Marking Zon Drop Base Rally (DBR)








Zon Rally Base Rally (RBR)




Rally Adalah Pergerakan Menaik atau Buy Yang Kuat. Base Market Retrace Seketika. Rally Adalah Pergerakan Menaik atau Buy Yang Kuat.


Cara Marking Zon Rally Base Rally (RBR)





















Isnin, 25 September 2017

Dua Zon Dominan Dalam Konsep Supply And Demand

Ada Dua Pattern Candle Asas Yang  Menentukan Zon Supply Dan Demand.


    1. Bearish Engulfing @ Double Maru (supply)
    2. Bullish Engulfing  @ Double Maru (demand)

    Bearish Engulfing Dan Double Maru (Untuk Zone Supply)


    No 1,2 Dan 3 Adalah Pattern Candle Bearish Engulfing.. Manakala No 4 Adalah Pattern Candle Double Murabozu Atau Istilah Dalam Supply Dan Demand Memanggil Pattern Ini Sebagai Double Maru. Anda Wajib Mengenali Pattern Candle Ini Kerana Pattern Candle Ini kan Menentukan Marking Zone Supply.

    Bullish Engulfing Dan Double Maru (Untuk Zone Demand)




    No 1,2 Dan 3 Adalah Pattern Candle Bullish Engulfing. Manakala No 4 Adalah Pattern Candle Double Murabozu Atau Istilah Dalam Supply Dan Demand Memanggil Pattern Ini Sebagai Double Maru.Anda Wajib Mengenali Pattern Candle Ini Kerana Pattern Candle Ini kan Menentukan Marking Zone Demand.


    Khamis, 14 September 2017

    PERGERAKAN ASAS MATA WANG BERDASARKAN KONSEP SUPPLY DAN DEMAND

    Pergerakan Matawang Terdiri Dari Tiga Asas Iaitu...

     1.Rally.. 2.Drop.. 3.Base..

    RALLY




    Pergerakan Menaik @ Buy Yang Kuat Ini DiNamakan Rally.. Dalam Keadaan Rally Ini Urusniaga Tidak Seimbang DiMana Demand Melebihi Supply.. Demand Lebih Besar DariPada Supply.. Permintaan Untuk Membeli Yang Lebih Besar Ini Tidak Dapat Di Tampung Oleh Penawaran Untuk Menjual Menyebabkan Harga Terus Nak Dan Naik..

    DROP




    Pergerakan Menurun @ Sell Yang Kuat Ini DiNamakan Drop.. Dalam Keadaan Drop Ini Urusniaga Tidak Seimbang DiMana Supply Melebihi Demand.. Supply Lebih Besar DariPada Demand.. Permintaan Untuk Menjual Yang Lebih Besar Ini Tidak Dapat Di Tampung Oleh Pembeli Menyebabkan Harga Terus Turun Dan Turun..

    BASE



    Apabila Price Membuat Base Atau Price Dalam Keadaan Sideway Price Berada Dalam Keseimbangan.. Di Sini Adalah Kawasan Jual Beli Yang Paling Banyak Berlaku DiMana Permintaan Untuk Membeli Berjaya DiTampung Oleh Penawaran Untuk Menjual.. Dan Penawaran Untuk Menjual Berjaya Di Tampung Oleh Permintaan Untuk Membeli.. Maka Banyak Urusniaga DiJalankan Dan Price Berada Di Dalam Keadaan Seimbang.. Demand Lebih Kurang Sama Dengan Supply Keadaan Ini Juga Di Panggil HIGH LIQUIDITY Kerana Banyak Urusniaga DiJalankan..

    TONTON VIDEO DIBAWAH






    MENGENAL TREND


    TREND

    Analisa Teknikal terbentuk daripada pelbagai perkara dan aspek. Salah satu topic yang akan kita sentuh di sini adalah berkaitan dengan “Trend”.

    Secara ringkasnya trend adalah arah pair matawang bergerak.

    JENIS TREND

    Jika ditanya kebanyakkan trader apa yang mereka tahu tentang trend, mereka mungkin akan menyatakan terdapat 3 jenisTrend ;Uptrend, Downtrend, dan Sideway. Namun realitinya, hanya terdapat 2 jenis trend sahaja.Hanya ada Uptrend dan Downtrend. Sideway Trend tidak benar-benar wujud, sebab walaupun harga bergerak dalam jarak Sideway, harga tetap bergerak keatas dan kebawah.
    Tetapi hanya ada 2 jenis order sahaja yang boleh dilakukan, samada Buy atau pun Sell. Tidak ada Sideway Order.
    Gambar-gambar di bawah adalah contoh down trend dan uptrend serta contoh label untuk mengenali sesuatu trend.



    TECHNICAL ANALYSIS - UP TREND


    DOWN TREND





    PENERANGAN RINGKAS BERKENAAN PASARAN MATA WANG ASING

    Pasaran Matawang

    Kita sedar atau tidak, pasaran matawang sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.Dari aspek tukaran matawang asing yang kita lakukan apabila kita ke luar negara, sehinggalah kepada nilai pendapatan dan perubahan harga barangan import yang terkesan daripada perubahan nilai matawang asing.


    Apa itu Pasaran Matawang?

    Pasaran boleh diertikan sebagai tempat di mana kita berinteraksi untuk membeli atau menjual sesuatu barangan, sama ada pasaran konvesional seperti pasar basah dan pasaraya, atau pun pasaran maya seperti ebay, kedai online facebook dan instagram.
    Dalam pasaran kewangan antarabangsa, kita ada New York Stock Exchange (NYSE) dan Chicago Mercantile Exchange (CME), ataupun institusi  pasaran  dagangan elektronik (NASDAQ), yang dijadikan sebagai platform dagangan bagi share, komoditi, bond dan matawang. Dalam pasaran matawang, juga dikenali sebagai FOREX MARKET, pedagang mempunyai platform untuk bertukar-tukar matawang Dollar, Euro, Pound, Yen dan seumpamanya.
    Kenapa kita memerlukan pasaran tukaran matawang asing?Pasaran Matawang adalah instrument yang sangat penting bagi merealisasikan urusan perdagangan di antara dua Negara yang mempunyai matawang berbeza.Bayangkan, sebagai contoh, pengilang di China mendapat tempahan sepuluh ribu helai t-shirt daripada pemborong dari Negara Eropah.Pemborong ini perlu menukar matawang Euro mereka kepada USD untuk membayar pengilang di China. Dalam masa yang sama, pengilang China ini perlu membeli kapas di pasaran komoditi, yang didagangkan dalam USD. Selebihnya mereka perlu menukarkan matawang USD tadi kepada Yuan untuk membayar gaji pekerja di China.Atau mungkin mereka bercadang untuk membuka perniagaan di UK,  mereka perlu menukarkan matawang USD yang dibayar tadi kepada British Pound. Tanpa pasaran matawang, semua urusniaga ini tidak akan dapat dilaksanakan secara lancar.


    Pasaran tukaran matawang asing menyediakan mekanisme untuk membuat pembayaran antara Negara bagi memindahkan kuasa belian daripada satu matawang kepada satu matawang yang lain, dan memastikan nilai semasa setiap  matawang adalah jelas dan boleh digunapakai.

    Perkembangan FOREX

    Pengurup Wang pernah dikesan seawal zaman Rom silam, namun forex yang kita kenali hari ini telah berkembang dengan pesat.Sejak tahun 1970an, telah berlaku perubahan struktur kewangan yang mendadak dalam sistem kewangan dan ekonomi serantau.
    Perubahan dalam sistem kewangan antarabangsa, daripada kadar tukaran tetap seperti yang telah digariskan dalam Perjanjian Bretton Woods, kepada kadar tukaran berubah sejak awal  tahun 70an hingga ke hari ini.
    Perubahan peraturan kewangan serantau telah membawa kepada kebebasan dalam transaksi kewangan dan meningkatkan persaingan di kalangan institusi kewangan.
    Kebebasan Perdagangan antarabangsa, yang termaktub dalam pelbagai perjanjian perdagangan membawa kepada perkembangan yang pesat dalam pemindahan modal serantau.
    Peningkatan dalam aspek teknologi membolehkan perkongsian maklumat pasaran dan transaksi kewangan dilakukan dengan pantas dan berkesan.Pembentukan Instrumen Kewangan moden dan kehadapan dalam mengiringi perkembangan Sistem Kewangan.
    Semua ini telah menjadi asas yang memberangsangkan dalam perkembangan perdagangan FOREX.Dalam tahun-tahun awal abad ke 21, kemajuan yang besar dalam perdagangan berasaskan internet telah membolehkan trader trader kecil memasuki pasaran FOREX, yang mana sebelum ini secara tradisinya adalah lapangan bank-bank utama dunia sahaja.

    Siapakah pemainnya?

    Oleh kerana kita akan bersama mereka dalam perdagangan, amat penting untuk kita mengetahui dan mengenali siapakah pemain di dalam lapangan pasaran matawang ini.
    Pemain yang utama adalah kumpulan bank-bank besar yang mampu menggerakkan harga pasaran. Mereka berdagang menerusi dua cara, EBS dan Reuters Dealing.


    Bank-bank ini membentuk jaringan yang dikenali sebagai Interbank Market, yang  menjadi pusat pasaran FOREX. Dari sinilah dealer menentukan kadar tukaran yang ditawarkan kepada pedagang runcit seperti kita. Bank-bank utama ini bukan hanya berdagang untuk pelanggan mereka sahaja, mereka juga menguruskan akaun mereka sendiri (yang dikenali sebagai proprietary desks – prop deskKerajaan dan bank-bank pusat juga adalah pemain dalam pasaran ini. Biasanya  peranan mereka dalam kadar tukaran asing adalah untuk memenuhi hasrat polisi kewangan mahupun fiscal Negara seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan.
    Dealer dan Broker, mereka ini telah menyediakan capaian pasaran FOREX kepada pelanggan dengan mengenakan caj berdasarkan spread ataupun komisyen, atau kedua duanya sekali. Mereka membuat keuntungan dengan caj-caj ini, namun tidak kurang juga yang mengambil pos yang berlawanan dengan para pelanggan mereka. Yang lebih teruk, ada yang membuat keuntungan dengan menipu pelanggan melalui pelbagai cara teknikal seperti spiking, requites ataupun slippage dalam keadaan pasaran yang tiada slippage. Sebab itu amat penting untuk kita berhati-hati memilih broker atau dealer.
    Perbezaan di antara Dealer dan Broker adalah, Broker memberikan kita capaian kepada pasaran Interbank (sesetengah Bank yang mereka wakili bertindak sebagai liquidity providers kepada Broker) dan menyerahkan setiap order kita kepada market. Manakala Dealer pula tidak menyerahkan order kepada market, tapi sebaliknya memberikan kita counterpart. Perlu diingat, terdapat Broker ECN juga yang memberikan kita counterpart melainkan order kita mencapai nilai minimum yang diterima oleh bank, iaitu 10 lot atau 1 juta unit.
    Manakala pemain lain dalam pasaran FOREX secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori :Financial Transactor dan Speculator. Financial Transcator terlibat dalam urusniaga FOREX sebagai sebahagian daripada keperluan perniagaan mereka manakala Spekulator pula terlibat untuk mendapatkan keuntungan dari pasaran FOREX semata-mata.
    Financial Transactor kebanyakannya adalah golongan pelabur, yang memasuki pasaran untuk mengurangkan risiko perubahan nilai tukaran asing dan melindungi nilai keuntungan. Perniagaan utama mereka adalah sektor lain, tetapi mereka perlu berada dalam pasaran FOREX untuk menjalankan perniagaan mereka dan mengurangkan risiko.


    Manakala Speculator, yang mewakili 90% nilaian dalam pasaran, merupakan mereka yang menjadikan keuntungan daripada pasaran FOREX sebagai sasaran utama  mereka. Hedge Fund, CTA (Community Trading Advisor), atau Bank Bank adalah pemain besar dalam kategori ini, dan retail trader seperti kita ini hanyalah di tingkat paling bawah sekali dalam pyramid pasaran.

    SPOT FX

    Apabila kita menyentuh tentang FOREX, biasanya kita merujuk kepada satu produk sahaja, iaitu SPOT, yang memberi maksud dagangan dilakukan dengan harga semasa atau “on the spot”. SPOT merupakan produk yang paling banyak didagangkan dalam pasaran FOREX, dengan nilaian USD1.5 trillion daripada nilai keseluruhan dagangan USD4 trillion setiap hari (2010).

    CIRI CIRI UTAMA PASARAN FOREX

    Mengapa anda minat FOREX? Pasaran FOREX ada beberapa ciri yang membuatkannya menjadi pilihan trader, seperti nilai kecairan yang besar, kos yang rendah, dan tempoh masa pasaran dibuka 24 jam lima hari seminggu.
    Namun perlu diingat, FOREX adalah pasaran yang “unregulated”. Maksud unregulated adalah tiada pihak yang berautoriti yang mengawal dan menentukan harga dan peraturan, sebaliknya ia hanyalah ditentukan oleh jumlah bank-bank dan dealer yang membenarkan dagangan di antara peserta, dan membenarkan bank atau dealer untuk menentukan harga mereka.
    Bagi banyak pihak, ini merupakan satu kekurangan yang utama dalam FOREX kerana dealer berpeluang untuk memanipulasikan harga. Namun dalam masa yang sama “unregulated” ini telah membentuk persaingan di kalangan dealer untuk menawarkan spread dan servis yang paling baik kepada pelanggan.
    Walaubagaimanapun, pasaran yang “regulated” tidak bermaksud ia bebas daripada sebarang manipulasi harga. Ia cuma membawa maksud hanya regulator yang boleh

    mengawal harga. Mengawal peraturan pasaran bererti berupaya untuk menukarnya bila- bila masa sahaja.
    Oleh kerana ia adalah pasaran yang non regulated, FOREX tidak mempunyai waktu ditetapkan yang tertentu, oleh kerana itu ia boleh didagangkan setiap masa, setiap hari dan dapat mengurangkan risiko jurang harga pembukaan. Biasanya hari minggu adalah hari tanpa trade kerana kecairan yang kurang disebabkan bank-bank tutup, dan tiada pergerakan besar yang berlaku.
    Justeru, sesi dagangan boleh dikaitkan dengan waktu berkerja bank-bank di setiap zon masa yang berbeza. Sesi dagangan bermula pada pagi Isnin bersamaan dengan bermulanya waktu berkerja Bank di Wellington dan sebahagian zon Asia, dan ia berakhir pada Jumaat seiring dengan tamatnya waktu berkerja Bank-Bank di New York. Ini bermakna, jika bank-bank tutup, kecairan akan berkurangan pada waktu tersebut. Sesi yang paling aktif adalah biasanya sesi Eropah (London session).Ini kerana sesi ini bertindan dengan berakhirnya sesi dagangan Asia dan bermulanya sesi dagangan US.
    Salah satu ciri penting pasaran FOREX adalah kecairannya yang besar yang membolehkan kos operasi yang rendah. Ada broker yang tidak mengenakan sebarang caj komisyen, tidak bermakna servisnya adalah percuma, tapi biasanya komisyennya sudah disertakan ke dalam spread di antara harga belian dan harga jualan.
    Pasaran FOREX juga mempunyai banyak instrument dagangan yang membolehkan pelbagai teknik dan kaedah digunakan bagi mencari peluang yang terbaik untuk menguasai pasaran.Terdapat empat major pair (EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD and USD/CHF) yang terlibat melebihi separuh daripada keseluruhan nilai dagangan.Minor pair seperti (USD/CAD, AUD/USD and NZD/USD) melengkapkan pair dagangan utama yang terlibat dengan US Dollar. Pair yang terdiri daripada dua matawang bukan USD pula kita namakan sebagai cross pair.

    Ahad, 10 September 2017

    BAGAIMANA PASARAN DI BINA DI MULTI-TIER

    4.     STRUKTUR PASAR (MARKET) DI TIER-2
    4.0                      
    Bahagian ini akan menerangkan bagaimana pasaran dibina di Tier 2. Tier 2 adalah pasaran yang dibina oleh pemain pasaran yang melibatkan bank bank tempatan. Bank bank ini adalah pemain utama yang membentuk pasaran.

    Pada bahagian sebelum ini, telah diterangkan MODEL ASAS dari SERAI EXCHANGE dibina. Asas ini adalah sama tetapi hanya menerangkan MODEL pasaran sahaja. Dari perkara ini, kita akan melihat bagaimana Depth Of Market dibina di tier 2. ECN atau Electronic Communication Network adalah berfungsi sebagai satu rangkaian penghubung yang digunakan untuk memudahkan melakukan transaksi. Produk utama yang didagangkan melalui ECN adalah Currency dan Stock.
    Oleh itu, perkara pertama yang perlu diketahui adalah siapakah pemain utama di kedudukan Tier 2. Berikut adalah contoh pemain utama di kedudukan Tier 2 yang melibatkan bank-bank tempatan yang sangat dikenali:

    Gambar 1: ECN(Electronic Communication Network) yang menghubungkan Bank Tempatan(Local Bank) antara satu sama lain untuk membentuk transaksi pasaran antara bank-bank tempatan

    Berikut adalah senarai pemain utama berdasarkan Gambar 1 :


    Bank A: JP Morgan Chase & Co.                         Bank G: Maybank Berhad Bank B: Bank Of America(BOA)                                         Bank H: RHB Bank
    Bank C: CitiGroup Bank Bank D: HSBC Holding Bank Bank E : CIMB Berhad
    Bank F : PNB Paribas


    Seterusnya, setiap Bank akan meletakkan harga mahu membeli/harga belian(bid) dan harga mahu menjual/harga jualan (offer) . Jadual di bawah menunjukkan contoh bagaimana setiap bank membuat bid dan ask melalui ECN.




    Bid
    Ask
    Spread(pips)
    Bank A
    1.5155
    1.5161
    6.0
    Bank B
    1.5153
    1.5163
    10.0
    Bank C
    1.5156
    1.5160
    4.0
    Bank D
    1.5154
    1.5166
    12.0
    Bank E
    1.5151
    1.5164
    13.0
    Bank F
    1.5152
    1.5162
    10.0
    Bank G
    1.5150
    1.5165
    15.0
    Bank H
    1.5149
    1.5167
    18.0




    Jadual 1: Local Bank yang membuat Ask dan Bid

    Berikut adalah langkah pemerhatian bagaimana Depth Of Market(DOM) dibentuk/terbina dari jadual 1 selepas bank-bank ini menunjukkan minat(interest) di ECN(electronic communication network) dengan meletakkan harga jual dan harga beli.
    1)     Penyusunan semula Bid dan Ask

    Bid

    Ask

    1.5155
    1.5161
    Bank A
    1.5156
    1.5167
    Bank H
    1.5154
    1.5166
    Bank D
    1.5153
    1.5165
    Bank G
    1.5152
    1.5164
    Bank E
    1.5151
    1.5163
    Bank B
    1.5150
    1.5162
    Bank F
    1.5149
    1.5160
    Bank C

    2)     Selepas itu, Bid dan Ask disusun mengikut harga tertinggi kepada harga terendah.


    Bid

    Ask

    Bank A
    1.5155
    1.5161
    Bank A
    Bank B
    1.5153
    1.5163
    Bank B
    Bank C
    1.5156
    1.5160
    Bank C
    Bank D
    1.5154
    1.5166
    Bank D
    Bank E
    1.5151
    1.5164
    Bank E
    Bank F
    1.5152
    1.5162
    Bank F
    Bank G
    1.5150
    1.5165
    Bank G
    Bank H
    1.5149
    1.5167
    Bank H

    3)     Kemudian, berdasarkan No(2) , kedudukan bid dan ask disusun mengikut kedudukan DOM seperti di bawah:


    Ask

    1.5161
    Bank A
    1.5167
    Bank H
    1.5166
    Bank D
    1.5165
    Bank G
    1.5164
    Bank E
    1.5163
    Bank B
    1.5162
    Bank F
    1.5160
    Bank C
    Bank A
    1.5155

    Bank C
    1.5156
    Bank D
    1.5154
    Bank B
    1.5153
    Bank F
    1.5152
    Bank E
    1.5151
    Bank G
    1.5150
    Bank H
    1.5149

    Bid

    4)     Selepas disusun sehingga membentuk Visual DOM, dapat dilihat ciri- ciri penting seperti berikut:

    ·        Best Bid: 1.5155 dari Bank A
    ·        Best Offer: 1.5160 dari Bank C

    Berikut adalah ilustrasi mudah bagi menggambarkan asas pembentukan DOM di Tier 2:

    4.0 STRUKTUR PASAR (MARKET) DI TIER-3

    Tier 3 adalah pasaran dan transaksi yang melibatkan Firma Retail trader.
    Retail trader adalah individu atau pemain pasaran yang masuk ke pasaran melalui perkhidmatan yang disediakan oleh broker masing-masing. Contoh brokerage adalah seperti Oanda,Exness,FXCM, dan FBS yang menjalankan operasi dan transaksi secara retail. Bahagian ini akan menerangkan bagaimana interaksi yang berlaku antara Retail Trader,Firm Broker, dan Liquidity Provider sehingga membentuk pasaran itu sendiri. Pasaran yang terbentuk dapat dilihat melalui Depth Of Market atau DOM. Berikut adalah ilustrasi asas bagaimana struktur dan  interaksi yang berlaku antara pemain pasaran di Tier 3.



    Gambar di bawah menunjukkan bagaimana interaksi berlaku di dalam Broker ECN yang mempunyai liquidity aggrement dengan Liquidity Provider di Tier 2 seperti HotspotFXi,LMAX Exchange,Currenex, dan Integral Fx. Liquidity Aggrement adalah persetujuan antara yang pemberi liquidity(Liquidity Provider) dan broker di Tier 3 untuk mengakses dan menghubungkan antara setiap asset yang ada. Ini bermaksud persetujuan yang dilakukan memberi kemampuan setiap klien untuk melakukan transaksi.



    Gambar di atas menunjukan strukture dan kedudukan broker di Tier 3 di mana mempunyai broker persetujuan pada Liquidity provider sehingga membentuk Depth Of Market(DOM). Dapat diperhatikan bahawa, broker ECN sahaja yang mampu menghubung kan Client dan Liquidity Broker. Oleh itu, broker dapat memanipulasi kemampuan ini bagi kepentingan mereka. Berikut adalah pemain pasaran yang terlibat berdasarkan gambar di atas:
    ·        Liquidity Provider Tier 2
    ·        Broker ECN
    ·        Client 1
    ·        Client 2

    Beberapa perkara dapat diperhatikan bagaimana struktur kedudukan pasaran di tier 3 terbina:
    ·        Liquidity Provider diperlukan untuk menyeimbangkan(HEDGE) kedudukan pasaran dari semua Client.
    ·        Kemasukan Order Client akan melalui Broker ECN dahulu sebelum dihantar ke Liqudity Provider
    ·        Broker akan bertanggungjawab menyusun, mengatur, mengisi, menghantar semua kemasukan Order dari client sebelum dihantar ke Liquidity Provider(LP)
         ·        Tugas dan peranan Broker hanyalah menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan(client) mereka untuk membeli dan menjual. Justeru itu,pelanggan(client) dapat melakukan transaksi dengan mudah.