Ahad, 22 Mac 2020

PENGURUSAN KEWANGAN

👆 ni yang trader cakap MM.. MM.
👉 MM tu bahasa omputeh MONEY MANAGMENT
👉 Bahasa melayu dia pengurusan keewangan la ni kalau angah tulis tajuk pengurusan keewangan nanti ada yang tak faham pulak sebab dah jadi kebiasaan rata rata trader sebut MM, jaga MM, kawal MM.


Apa pentingnya MM ni angah.?

Memang Sangat sangat penting la MM ni, kalau tak penting takde la korang selalu di persalahkan.

masa bila pulak kami di persalahkan angah.?

 lupa..? masa bila lagi, masa time korang follow signal orang lain la, tak kira la masa follow group signal berbayar ke, masa follow signal  yang kawan kawan dalam group lain share ke.

Bila signal yang korang follow tu menyebabkan korang loss teruk atau MC, korang selalu refer tanya balik kt org yang bagi signal tu kan

kenapa loss teruk ni.? kenapa akaun saya jadi MC..?

apa jawapan biasa dapat.?

kau la salah,signal ok dah tadi,  kau la tak jaga mm ni, sebab tu kau MC, akaun aku ok je. lain kali jaga la mm😂.

Jadi secara am nya faham lah pengurusan keewangan sangat penting


walaupun dah tahu dah selalu dengar dan selalu baca tapi bab pengurusan keewangan ni lah yang korang suka langgar dan tak suka ikut.


Sama ada korang degil tak nak ikut sama ada korang lupa / terleka atau korang memang tak reti/faham atau tak belajar cara pengurusan keewangan yang betul


Apa implikasi kalau tak reti pengurusan keewangan ni angah.?

Implikasi / kesan dia jika korang tak tahu pengurusan keewangan di ibaratkan seperti

SUDAH LOSS AWAL SEBELUM ENTRY


Trading forex ni kan perniagaan, dalam apa apa jua perniagaan pengurusan keewangan kan penting.

Dalam perniagaan kalau tak pandai urus cash flow , tak pandai nk kira risiko kerugian, tak pandai kira keuntungan, tak pandai kiraan untuk roling modal itu yang bisnes hancur, itu yang jadi bangkrup bisnes tu.

Sama dalam forex trading kalau tak pandai buat kiraan semua tu jadi la MC akaun trading tu. selagi tak pandai tak belajar selagi tulah korang akan MC.


Dalam trading forex ni terdapat beberapa cara untuk membuat kiraan MM, setiap pengiraan adalah berbeza beza mengikut beberapa faktor dan mengikut strategi trading individu.


Apa faktor dia angah.?

👉 jumlah equity
👉 saiz laverage
👉 jumlah margin

contoh ;


Abu depo 100usd dalam akaun trading, laverage 1:500

Ali depo 100usd dalam akaun trading, tapi laverange acc ali 1:3000

Beza tak cara pengiraan MM antara mereka nanti.?😊

Abu depo 100usd dalam akaun trading, cntoh margin dapat 1000

Ali depo 100usd dalam akaun trading, cntoh mrgin dapat 1000 tapi broker ad bagi promosi bonus tambahan 100%  pulak terma/syarat bonus 100% yg broker bagi tu suport margin. jadi margin ali 1000 + 1000(bonus) = total mrgin ali jadi 2000

Beza tak cara pengiraan MM antara mereka nanti.?


Cara nak kira tu cara sama je tapi nilai hasil pengiraan MM bakal berbeza


Cara pengiraan MM ni jugak sedikit berbeza mengikut strategi trading setiap individu trader


Kebiasannya swing trader mengunakan 2-5% risk modal yang ada untuk lakukan entry dan pulangan adalah lebih tinggi kerana mereka hold position agak lama dan target dapatan  kutipan pips yang lebih tinggi anggaran 20-30pips 30-50pips per entry untuk mendapat profit yang maksimum bagi swinger.


Bagi Scalper Trader adalah sedikit berbeza, scalper lebih kepada mengejar target dapatan bilangan pergerakan per pips lebih rendah anggaran 5-10pips / 5-15pips ataupun yang angah pernah dengan ASAL BIRU CLOSE. jadi dengan mencari profit dari pergerakan pips yg kecil Scalper trader kebiasannya lebih cenderung meletakkan risk yang sedikit lebih tinggi bagi memaksimumkan hasil profit.


Agak rumit jugak nak jelaskn bab MM ni secara detail dan tepat, tapi kat sini angah cuma nak share cara nak buat kiraan MM yang SIMPLE dan boleh membantu korang dengan hasil yang baik dan pantas.


Tapi sekarang dah lebih mudah dan sebenarnya banyak membantu trader dan sepatutnya menjadikan trader baru sekarang ni lebih pantas untuk berjaya berikutan banyak kemudahan yang tersedia sekarang. Trader lama dulu nak kira MM siap kira kat kertas dengan kalkulator lagi kt sebelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan