Berdasarkan Gambar A , kita akan
memisahkan harga mahu membeli(willing to buy) dan harga mahu menjual(willing to sell). Dengan itu kita akan
dapat melihat dengan jelas bagaimana pasaran itu dibina dan bagaimana yang
dikatakan bahawa spread itu adalah buatan market itu sendiri.
Gambar B menunjukkan senarai harga dan kuantiti pembeli (customer) yang ada di dalam Pasar Serai dengan menggunakan jadual yang disusun |
Berdasarkan
gambar A dan B, berikut adalah senarai harga yang dapat dilihat dari Pasar
Serai dan senarai pemain adalah disusun secara
rawak(random).
Berikut adalah
jadual yang dilihat berdasarkan Gambar di Pasar Serai(Serai Exchange)
Jadual 1: Senarai harga dan
kuantiti yang mahu menjual
Producer(Seller)
|
Price
willing to sell
|
Quantity
|
S6
|
RM15
|
120kg
|
S1
|
RM16
|
150kg
|
S2
|
RM17
|
100kg
|
S7
|
RM24
|
100kg
|
S5
|
RM18
|
200kg
|
S4
|
RM20
|
100kg
|
S3
|
RM25
|
200kg
|
Total offer
|
970kg
|
Jadual 2: Senarai harga dan
kuantiti yang mahu membeli
Producer(Buyer)
|
Price
willing to buy
|
Quantity
|
B5
|
RM12
|
100kg
|
B2
|
RM7
|
200kg
|
B1
|
RM8
|
80kg
|
B6
|
RM10
|
70kg
|
B4
|
RM11
|
50kg
|
B3
|
RM5
|
30kg
|
Total Bid
|
530kg
|
Berdasarkan
Jadual 1 dan Jadual 2 , harga adalah yang disusun secara rawak(random). Berikut adalah penyusunan
semula(re-arrangement) berdasarkan
dari harga tertinggi kepada harga terendah.
Penyusunan harga ini akan memudahkan untuk melihat kedudukan harga itu sendiri.
Producer(Buyer)
|
Price
willing to buy
|
Quantity
|
Producer(Seller)
|
Price
willing to sell
|
Quantity
|
|
B5
|
RM12
|
100kg
|
S3
|
RM25
|
200kg
|
|
B4
|
RM11
|
50kg
|
S7
|
RM24
|
100kg
|
|
B6
|
RM10
|
70kg
|
S4
|
RM20
|
100kg
|
|
B1
|
RM8
|
80kg
|
S5
|
RM18
|
200kg
|
|
B2
|
RM7
|
200kg
|
S2
|
RM17
|
100kg
|
|
B3
|
RM5
|
30kg
|
S1
|
RM16
|
150kg
|
|
Total Bid
|
530kg
|
S6
|
RM15
|
120kg
|
||
Total
offer
|
970kg
|
Jadual 3: Penyusunan semula kedudukan harga mahu menjual dan mahu membeli.
Gambar dibawah menunjukkan ilustrasi bagaimana untuk menukar Jadual 3 kepada dalam bentuk yang lebih visual (Depth Of Market or DOM).
Berdasarkan
gambar C di atas, dapat diperhatikan beberapa ciri ciri penting iaitu:
·
Spread terhasil
dan dapat dilihat dengan jelas. Spread adalah perbezaan antara harga
terendah mahu menjual dan harga tertinggi mahu
membeli (Spread: Best Offer-Best
Bid). Oleh itu, Spread yang
terhasil adalah RM15(best offer)
ditolak dengan RM12(best bid) menghasilkan nilai spread RM3
Maka, pemerhatian
penting bahawa Spread itu adalah buatan market
itu sendiri sudah jelas ditunjukkan dari pemerhatian kita kepada Pasar
Serai selepas melakukan susunan dalam bentuk yang lebih Visual dan mudah dilihat. Bentuk Visual atau dipanggil Depth
Of Market(DOM) ini akan memudahkan pemain pasaran untuk melihat dengan
jelas siapakah yang mahu menjual dan mahu membeli serta melihat berapa kah
jumlah keseluruhan kuantiti yang ditawarkan pada setiap price. Kesimpulannya, Depth Of Market(DOM) yangditunjukkan di
Gambar 6 di atas adalah satu mekanisma untuk
mengiklankan harga(advertise
mechanism) bagi memudahkan untuk melihat
dan mengharapkan terdapat minat(interest)
untuk melakukan transaksi dengan mereka berdasarkan susunan harga.
Hal ini penting bagi memahami
bagaimana pasaran itu yang dibina atas
kemahuan pemain pasaran itu sendiri.
Selain dari itu,
contoh Pasar Serai ini adalah satu model kecil bagi pasaran atau trading.
Konsep ini adalah terpakai bagi semua market yang ada seperti
Stock,Equities,Currency,Commodities dan sebagainya. Model ini penting untuk
difahami bagi memudahkan kita untuk melihat dengan jelas dan tahu bagaimana
asas pasaran yang dibina. Dari model ini, kita akan lebih memahami mengapa kita
melakukan trading dan tahu bagaimana pemain pasara(big player) membuat pasar
itu sendiri. Dari Model Market yang diterangkan iaitu Pasar Serai, kita dapat
simpulkan bahawa pembeli dan penjual yang berada di Pasar Serai dipanggil
sebagai MARKET MAKER kerana mereka lah yang membina pasar atau market itu
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan