PERBEZAAN AGGRESSIVE DAN PASSIVE ORDER
Order boleh
diterangkan atau diklasifikasikan sebagai aggressive atau passive order.
Aggresive atau passive order ditentukan oleh berapa cepat kadar
kemahuan(willing) pemain pasaran untuk melakukan transaksi. Transaksi hanya
berlaku pada kedudukan best bid dan juga best ask. Oleh itu, lebih hampir order
pada kedudukan best bid dan best ask akan dianggap sebagai sangat aggressive.
Passive Order
adalah kemasukan order yang berada jauh dari kedudukan best bid dan juga best ask.
In bermakna, order yang berada di bawah best bid dan di atas best offer adalah
dianggap sebgai passive order. Passive order adalah bersifat bertahan(barrier)
dan dianggap sebagai pemain utama dalam pasaran untuk memenuhi keperluan pemain
yang lain. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana AGGRESSIVE dan PASSIVE Order
ditentukan.
Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting memahami PASSIVE dan AGGRESSIVE Order:
• Limit Order dianggap PASSIVE apabila order tersebut jauh dari kedudukan Best bid dan Best Ask
• Limit Order dianggap AGGRESSIVE apabila order tersebut berada atau paling hampir pada kedudukan Best bid dan Best Ask
• Keadaan pasaran yang mempunyai keadaan aggressive akan bersifat mempunyai satu momentum yang kuat untuk pergerakan Short-term. Short term bermaksud, kesan kemasukan aggressive order bersifat sementara dan kesan dia hanya pada jangka pendek.
• Manakala, PASSIVE order adalah jauh dari kedudukan pasaran tetapi momentum yang diberikan adalah sangat besar dan bersifat Long-Term.
KEUTAAMAN MASA DAN HARGA SEBAGAI
PENENTU PROSES BIDAAN
Level keutamaan
Order adalah bagaimana satu kemasukan Order dimasukkan dan apakah kesan yang
berlaku pada OrderBook. Terdapat dua(2) parameter penting dalam menentukan dan
mengklasifikasikan satu kemasukan order iaitu:
(1) Keutamaan MASA(time)
(2)
Keutamaan HARGA (price)
Dua(2) parameter atau
functionality ini adalah yang akan menentukan sama ada kedudukan best bid dan
best ask masih dikawal oleh pemain pasaran(big
player) tertentu. Hal ini penting bagi mereka kerana kedudukan best bid dan
best ask sahaja yang akan menentukan sama ada posisi mereka diisi(fill) atau gagal di isi(failed to fill). Berikut akan
menerangkan dengan terperinci mengenai peranan keutaamaan MASA dan keutamaan
HARGA berdasarkan contoh penjualan satu kereta oleh ALI.
KEUTAMAAN MASA
Masa akan
menentukan sama ada satu pembelian atau penjualan dilakukan bagi menentukan siapa pemenang dalam satu proses jualan
atau proses bidaan.
·
SITUASI: Dalam satu
jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual
sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah).
Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini
bermakna, pemenang akan ditentukan
pada jam 12:00:00 PM.
·
Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan
menghantar harga tawaran untuk membeli.
Berikut adalah senarai pembeli yang
membuat bidaan terhadap kereta tersebut.
Masa
|
Harga(RM)
|
Nama
Pembeli
|
11:00:01
|
10,000
|
A
|
11:01:23
|
11,500
|
B
|
11:15:23
|
11,700
|
C
|
11:20:10
|
12,000
|
D
|
11:30:20
|
12,000
|
A
|
11:31:25
|
12,500
|
D
|
11:35:00
|
12,800
|
D
|
11:49:00
|
13,000
|
C
|
11:49:01
|
13,000
|
D
|
11:49:05
|
13,000
|
E
|
Jadual 1: Senarai tawaran yang
mahu membeli kereta Ali
Berdasarkan Jadual
1, dapat dilihat terdapat tiga(3) pembeli atau pembida yang mahu membeli pada
harga yang sama iaitu RM13,000 . Pembeli yang mahu membeli pada
RM13,000 adalah pembeli C (Jam 11:49:00) , pembeli D (Jam 11:49:01) dan pembeli
E (Jam 11:49:05).
Berikut adalah
jadual 2 iaitu senarai pembeli yang mahu membeli pada satu harga yang sama.
Masa
|
Harga(RM)
|
Nama
Pembeli
|
11:49:00
|
13,000
|
C
|
11:49:01
|
13,000
|
D
|
11:49:05
|
13,000
|
E
|
Jadual 2: Senarai pembeli yang
mahu membeli pada harga yang sama.
Berdasarkan jadual
2, pemenang yang adalah PEMBELI C.
Hal ini kerana peranan MASA sebagai keutamaan bagi menentukan pemenang yang
dapat membeli kereta ALI. Pembeli C , D dan E telah bersaing satu sama lain
untuk membeli kereta tersebut. Disebabkan mereka membeli pada HARGA yang SAMA.
Pemenang akan ditentukan oleh MASA yang
paling cepat membida. Dalam hal ini, pembeli C telah masuk pada jam
11:49:00 , iaitu satu(1) saat lebih awal dari pembeli D. Walaupun perbezaan
adalah satu(1) saat.
Disebabkan Masa
menjadi keutamaan dalam menentukan pemenang, pembeli C memperoleh Kereta Ali
tersebut.
Jika Ali
mempunyai lagi kereta untuk dijual, Ali akan merujuk kepada pembeli D iaitu
berada kedudukan no dua(2) selepas pembeli C.
KESIMPULAN
Dalam memahami
Masa sebagai keutamaan , masa akan digunakan sebagai penentu dalam satu proses
bidaan. Pemenang akan ditentukan oleh kepantasan mereka membida. Hal ini
penting bagi memahami bahawa terdapat tahap ketidaksabaran( impatient) oleh pembeli yang ingin
membeli. Ini dapat digunakan untuk melihat apakah keadaan pasaran ketika itu.
KEUTAMAAN HARGA
Harga adalah satu
mekanisma paling penting dalam memahami dalam satu proses bidaan. Dalam
bahagian ini, akan diterangkan bagaimana harga memainkan peranan penting dalam
satu proses bidaan. Contoh yang sama akan digunakan iaitu dimana Ali mahu
menjual sebuah kereta dan membuka bidaan pada harga RM10,000.
·
SITUASI: Dalam satu
jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual
sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah).
Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini
bermakna, pemenang akan ditentukan
pada jam 12:00:00 PM.
·
Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan
menghantar harga tawaran untuk membeli.
Berikut adalah senarai pembeli yang
membuat bidaan terhadap kereta tersebut.
Masa
|
Harga(RM)
|
Nama
Pembeli
|
11:00:01
|
10,000
|
A
|
11:01:23
|
11,500
|
B
|
11:15:23
|
11,700
|
C
|
11:20:10
|
12,000
|
D
|
11:30:20
|
12,000
|
A
|
11:31:25
|
12,500
|
D
|
11:35:00
|
12,800
|
D
|
11:49:00
|
13,000
|
C
|
11:49:01
|
13,000
|
D
|
11:49:05
|
13,000
|
E
|
11:49:05
|
14,000
|
F
|
Jadual 3: Tawaran yang mahu
membeli kereta Ali
Berdasarkan
Jadual 3, dapat dilihat terdapat dua(2) pembeli yang membeli pada waktu yang sama iaitu pada jam 11:49:05
iaitu pembeli E dan pembeli F.
Disebabkan mereka
membeli pada waktu yang sama, HARGA akan menjadi keutamaan dalam menentukan
pemenang yang membida kereta ALI.
Walaupun pembeli
E telah tersenarai awal dari pembeli F, disebabkan pembeli F membida lebih
tinggi dari pembida E sebanyak RM14,000. Maka, pembeli F akan memperoleh kereta
tersebut.
KESIMPULAN
Dalam memahami
Harga sebagai keutamaan, harga akan digunakan sebagai penentu pemenang dalam
satu proses mudah bidaan barang. Harga akan dipilih jika berlaku pertindihan
MASA seperti dalam contoh awal. Ini penting bagi melihat sama ada terdapat
pembeli yang sanggup membeli pada satu harg tertinggi yang tak dapat dibida
lagi.
3.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan