Halaman

Sabtu, 3 Ogos 2019

APA DEFINISI KONSISTEN TRADER

APA DEFINISI KONSISTEN TRADER


Ramai golongan trader yang melangkah ke dalam dunia trading fx dengan majoriti utama adalah untuk membuat profit secara konsisten dan berjaya dalam trading termasuk anda yang sedang membaca sekarang ini. Betul atau tidak..??

Semua trader mahukan result untuk konsisten dalam trading dan menjadikan trading fx sebagai 1 karier yang membantu mendapatkan pendapatan utama ataupun sampingan.

Akan tetapi ramai trader tidak menemui rentak dan tidak mampu menempuh liku liku dunia trading dan sentiasa melanggar tembok yang sama setiap kali lalukan trading. Di mana silapnya..??

Kebanyakan besar trader memang tidak jumpa akan konsisten dalam trading dan gagal untuk kekal konsisten kerana terlalu asyik mengejar teknik itu ini yang menjanjikan profit tampa loss.

Apabila jumpa 1 teknik baru saja terus membuak perasaan untuk mencuba, mula mula profit tetapi apabila 1 - 2 minggu kehadapan tidak lagi profit. Masa tu emosi dan perasaan mula memberontak dan dengan rajinnya mencari jika ada teknik lain yang lebih baik. Jumpa tak..?? tak jumpa kan, betulkan dulu mindset yang ni yang dalam FX tiada teknik HOLY GRAIL..!!

Pekara dan perbuatan tu bukan anda je buat malah saya pon sama macam tu, tapi dulu. Habistu sekarang..?? Sekarang lain sebab saya da ubah mentaliti saya dan ini yang nak saya ajar dan kongsikan di sini.

Fahamkan dan fikirkan apa yang saya nak ajar dan kongsikan ye sebab rata rata sifu forex ajar tentang Teknik...teknik.. teknik.. Tak ramai mengajar tentang Mentaliti trader, tentang latihan emosi dan jenis minda yang di perlukan seorang trader. Jadi saya tak menekankan tentang Teknik saya mahu bantu didik trader dengan mindset yang betul.

Bagi saya Teknik adalah no 2 dan yang paling utama adalah Mentaliti / Mindset dan Emosi dalam trading. Kenapa..?? Sebab kita sebagai trader kita lakukan trading lebih dengan menggunakan otak/akal/ilmu dan bukan dengan tenaga yang banyak kerana itu lah perlunya kekuatan mental yang lebih. Faham tak..?? mungkin ada yang faham mungkin ada yang masih blur kan. Saya kasi 1 contoh untuk bantu anda faham lebih jelas

Anda ada sebuah kereta, kereta Mewah, Mahal. Katakan kereta Lamborgini. Jika anda ada sebuah kereta lamborgini dan anda memandu kereta tersebut dengan keadaan Tenang nyaman dalam keadaan happy bersama keluarga tentulah pemanduan anda sangat Hebat dan anda akan sampai ke destinasi dengan jayanya tampa ganguan atau masaalah. Betul tak.?? Tentulah, kerana anda memandu dengan tenang dan aman anda selesa dengan pemanduan anda.

Situasi kedua, anda ada lamborgini anda memandu kereta tersebut dengan dalam fikiran berkecamuk, fikirkan sarat dengan hutang keliling pingang dengan keadaan mabuk alkohol lagi. Adakah anda rasa anda Fokus dengan pemanduan anda dan adakah anda akan sampai ke destinasi anda dengan jayanya..?? Rasanya tidak, kalau sampai pon mungkin nasib hanya menyebelahi anda.

Apa yang anda faham tentang cntoh yang saya beri kat atas..? Baik saya terangkan straight to point.

Dalam dunia trading ni, Sehebat mana Teknik anda, Sebesar mana Capital anda jika anda gagal kawal emosi dan mentaliti anda semasa trade anda akan hilang kawalan secara waras terhadap akaun trading anda dan selagi itulah tidak akan berjaya Konsisten..!! Sebab itulah anda jadi kaki depo saja, Loss..loss...loss...Profitnya sekali sekali itu pon profitnya akan loss semula sebab tak WD betul tak..?? Sebab itu saya tekankan pentingnya untuk ubah minda dan Belajar kawal emosi anda dan fahamkan cara trading yang betul sebab bila emosi anda berada pada tahap baik anda akan berada dalam keadaan lebih Sedar dan Waras semasa trade, barulah anda akan dapat KONSISTEN..!!

Berbalik kepada tajuk utama kita saya nak tanya apa erti konsisten dalam trading yang anda faham..??

Pada awalnya rata rata apa trader faham tentang konsisten kebanyakannya adalah profit sentiasa itulah erti konsisten yang mereka fikir awalnya termasuk lah saya. Setiap kali entry wajib profit itu konsisten katanya. Betul tak.? Itu jugak lah yang saya fikirkan awal dulu.

Tapi itu adalah mentaliti yang tidak betul dan jika mentaliti anda seperti itu sebab itu lah anda konsisten loss, bukan konsisten profit. Ini yang perlu anda ubah dan ini jugak lah yang saya mula ubah dan kemudian merubah style trading saya dari konsisten loss kepada konsisten profit.

Apa dia konsisten trader..?? Ini adalah pendapat saya dan apa yang saya dah buat dalam suasana trading saya. Apa erti konsisten bagi saya.

Secara mudahnya dan bahasa simple nya adalah. Kita trade kita entry setiap hari dan keputusan trading kita adalah PROFIT melebihi LOSS..!!

Contoh dalam seminggu kita trade dengan total entry sebanyak 50 entry. 30 entry profit dan 20 loss.. Anda untung atau rugi..?? untung kan..

Pekara ini kita perlu ulang saja dalam trading harian kita, setiap hari trade kena pastikan entry profit mesti lebih dari entry loss. Jika result harian sebegini maka result 1 minggu anda adalah sama PROFIT lebih dari loss tidak kira sama ada profit tersebut banyak atau sikit yang penting entry yang PROFIT kena lebih dari yang LOSS.

Dapat banyak atau sikit itu sedikit sebanyak bergantung kepada keadaan market dan Rezeki. Apa yang penting adalah pastikan Jumlah entry yang Profit lebih dari Loss dan ulang setiap kali trade.

Bagi saya ini adalah pemikiran dan mentaliti yang perlu untuk konsisten trader yang perlu anda fahamai, pelajari dan gunakan untuk dapat title KONSISTEN TRADER.

Kena ingat trade forex adalah seperti MARATHON. Kita mahukan dengan akaun trading ada, kita mampu buat profit yang berterusan dan mampu dinikmati setiap hari setiap minggu dan seberapa lama yang boleh.

Bukan trade seperti SPRINT hari ini trade esok nak dapat profit besar dan jadi jutawan Tak akan kemana.

Trader yang kekal berjaya dalam bidang ini dan mampu bertahan lama adalah trader yang ada Kefahaman, Mentaliti dan mindset  yang betul dalam trading bukan trader yang ada Teknik Power.

Belum ada lagi trader berjaya kerana Teknik Hebatnya, jika ada tentu ramai trader lain dah berjaya hanya copy paste guna teknik tersebut.

Dan di situ adalah silapnya anda dan saya dahulu. Sebab itulah sekarang saya lebih suka ajar dan kongsikan  tentang Mindset, Emosi seorang trader. Apabila Emosi anda baik, mindset anda jelas tentang trading anda mampu mengawal Akaun trading anda dengan Waras dan Cemerlang.

Banyak lagi akan saya kongsikan akan datang, stay tune...

EMOSI DAN MENTAL

EMOSI DAN MENTAL


Baik.. ramai trader yang gagal dalam trading, trade pandai tapi gagal betahan lama dalam dunia trading termasuklah anda yang membaca ni. Betul atau tak.?? kenapa jadi macam tu.??

Pertama sekali yang sebenarnya anda tak faham dengan jelas apa tugas seorang trader dan apa tindakan seorang trader. Bila kita belajar tentang forex yang kita selalu di tekankan jaga emosi..jaga emosi.. apa tu.??

Anda kena faham bagaimana cara kerja seorang forex trader. Cara kerja forex trader adalah sangat berbeza dengan bidang bidang lain, sebagai contoh dengan seorang buruh binaan. Seorang buruh binaan memerlukan skil, ilmu dan tenaga banyak untuk bekerja TAPI seorang trader forex lebih banyak mengunakan skil, ilmu dan MENTAL untuk bekerja. Sebab itu di tekankan pada seorang forex trader untuk kuasai MENTAL / EMOSI / ILMU / SKIL, kerana trade forex ni tak gunakan tenaga banyak seperti seorang buruh binaan. Sebab tu trader forex perlu Lebih latihan pada bahagian MENTAL / EMOSI/ FOKUS.

Boleh faham dan dah nampak tak perbezaan cara kerja seorang trader dengan bidang lain.??

Sebab tu trader perlukan latihan yang lebih pada bahagian MENTAL dan EMOSI.

Apabila kita faham dengan jelas konsep dan cara kerja seorang trader baru kita nampk apa persediaan dan keperluan awal sebelum kita ceburkan diri dalam trading forex.

Rata rata tak faham bab basic ni apabila di tanya kenapa join forex kenapa jadi trader jawapannya nak buat profit, nak buat duit TAPI tak faham apa tu asas peranan seorang trader forex.

Apabila anda faham bab ini baru anda akan ada matlamat jelas kenapa aku trade selepastu baru kita pergi ke step seterusnya.

Kenapa trade..?
Macam mana nak trade.?
Apa yang paling awal perlu belajar.?
Apa konsep nak trade.?

Kemudian baru lah masuk fasa jalankan trade.

Modal berapa.?
Berapa kita nak profit.?
Trade nk guna teknik apa.?
Macam mana nk urus entry.?

Sebab tu yang paling awal sekali sebenarnya kita perlu fahamkan apa cara kerja trader sebenarnya dengan kefahaman dan kekuatan MENTAL dalam diri kita.

Trader kerja Lebih dengan kekutan MENTAL/EMOSI tak perlukan tenaga yang banyak atau stamina yang tinggi.

Jadi apa perlu kita buat adalah cuma melatih lebih pada bahagian MENTAL / EMOSI kita, itu saja.

Saya akan kongsikan banyk lagi pada post akan datang, stay tune...

Khamis, 1 Ogos 2019

RULES NO 5 WAKTU TERBAIK & PAIR YANG TEPAT UNTUK SCALPER SCALPING

Dalam setiap hari ada beberapa sesi pada Market jadi kena tau lah, kena tahu sesi/ masa yang sesuai untuk scalping, bukan scalping syok sendiri ikut suka hati bila dan pair apa


8pagi - 4ptg
πŸ‘‰ Waktu ni sesi Tokyo atau Asia
πŸ‘‰ dalam waktu ni matawang yang paling banyak di perdagangkan adalah matawang YEN JEPUN / currency asia  dan kalau korang perhatikan waktu pagi ni pair kebanyakan paor JPY lebih aktif banyak pergerakan
πŸ‘‰ Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni :
USDJPY / EURJPY / GBPJPY / AUDJPY dan mana mana pair yang terlibat dengan JPY masa ni yang spread kecik memang terbaik untuk scalping waktu niπŸ˜‰

4ptg - 12mlm
πŸ‘‰ Waktu ni sesi London
πŸ‘‰ Dalam waktu ni matawang yang paling aktif dan banyak di perdagangkan adalah matawang EUR & GBP dan pair yang terlibat dengan matawang ni lebih banyak pergerakan pada masa ni
πŸ‘‰ Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni;
EURUSD / GBPUSD / EURGBP /EURJPY / EURGBP dan mana mana pair EUR & GBP yang spread kecik bagus scalping waktu niπŸ˜‰

9mlm - 5pg
πŸ‘‰ Waktu ni sesi New York / US
πŸ‘‰ Dalam waktu ni matawang USD paling banyak di perdagangkan dan lebih aktif
πŸ‘‰ Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni ;
EURUSD / GBPUSD / USDJPY / USDCAD dan mana mana pair USD yang spread kecik bagus untuk scalping time ni

Jadi selepas ni bila angah dah share semua benda ni pastikan lah nak scalping lepas ni gunakan cara / kaedah dan tips yang angah dah ajar ni, tak lah trade suka hati tak kira masa xkira pair apa dan di harap korang boleh scalping secara dengan ada plan yang lebih jelas dan teraturπŸ˜‰

Alhamdulillah selesai dah  SHARE 5 RULES dan cara untuk jadi scalper yang terbaik. Angah dah cuba kongsikan semua yang angah ada pada korang dan angah rasa benda ni tak ramai orang nak share sebenarya, apa yang angah nampak kebanyakan sifu forex lagi suka ajar teknik..teknik...teknikk.

Apa yang angah share adalah atas pengalaman sendiri dan ada ramai jugak yang angah dah ajar 5 RULES SCALPER ni dan rata rata baru tersentak dan terbuka mata dan ramai yang dah berubah.

https://kitabsupplyanddemand.blogspot.com/2019/08/rules-no-4-jenis-pair-yang-scalper-akan.html

RULES NO 4 JENIS PAIR YANG SCALPER AKAN TRADE

Dalam market semasa terdapat banyak pair dan Antara pilihan pair yang scalper  trader akan trade adalah semestinya pair yang mempunyai SPREAD yang kecil.

Seorang scalper yang baik kebiasannya dia akan trade pada MAJOR PAIR πŸ‘‡

kenapa major pair ?

Sebabnya

πŸ‘‰ Major pair ni adalah pair yang paling banyak trader trade seluruh dunia
πŸ‘‰ Pergerakan price pada major pair adalah lebih jelas
πŸ‘‰ Kebiasannnya candel yang terbentuk pada major pair adalah lebih solid/cantik
πŸ‘‰ Pergerakan price pulak kebiasannya lebih respect dekat zone-zone SNR sebab tu jugak kita lebih sedikit mudah nak buat jangkaan untuk melakukan entry


Scalper trader jugak kena elakkan dari scalping dekat pair yang Spread dia besar atau dekat pair - pair yang banyak bergerak secara Agresif, contohnye:

GBPJPY / GOLD / GBPNZD

pair ni semua agak agresif pergerakkan Price dia lebih laju dan lebih banyak mengelirukan, jadi saranan angah elak elak kan pair yang Agresif