Jumaat, 20 Oktober 2017

Apa Tujuan Orang Ramai Untuk Terlibat Dalam FOREX?

Sedikit renungan buat sahabat traders. Moga bermanfaat.

Dalam trading forex ni apa yg kita cari sebenarnya? Duit itu adalah
semestinya. Akan tetapi berapa byk & utk apa kita perlukan duit
tersebut?

Berapa ramai yg betul-betul FAHAM apa itu Forex & konsep
FOREX ni?

Yang pastinya manusia tidak akan pernah rasa puas walau berapa
banyak pun duit yg dia dapat. Bermacam-macam sebab kenapa
kita perlukan duit tersebut. Antaranya :

- Nak selesaikan hutang
- Nak kahwin
- Nak buat modal bisnes
- Nak melabur
- Nak beli rumah idaman
- Nak beli kereta idaman
- Nak hantar mak ayah pergi Haji/Umrah

dan macam2 lagi sebab yg xperlu rasanya utk saya senaraikan di
sini. Anda lebih tahu apa sebab anda perlukan duit dari trading
forex ini.

Persoalannya sekarang, adakah anda betul2 bersedia utk
melakukan trading forex ini. Trading forex ni saya ibaratkan
umpama bisnes, dan ia bukan bisnes tepi jalan atau skim cepat
kaya. Anda perlu faham & betul2 bersedia dalam proses
memulakan trading forex ini.

Ramai yg depo tapi akhirnya berakhir dgn MC @ Stop Out.
Kemudian re-depo dgn harapan dapat cover lost yg sblm ni &
selalunya berakhir dgn MC @ Stop Out jgk. Kenapa jd mcm tu?
Ada yg mula mengatakan Broker mainkan dia lah, tiada rezeki lah,
bukan bidang dia lah dan mcm2 lagi. Kenapa nk menunding jari?

Pernah x awk kaji kenapa awk lost & MC? Pernah x awk ambil
inisiatif utk memantapkan ilmu yg ada? Berapa ramai yg ada di
luar sana yg boleh dijadikan sumber rujukan. Pernah kita cuba
mendampingi mereka? Nak berjaya kena la buang EGO & MALU
tu.

Nak berjaya tapi MALAS nk belajar. Awk igt forex ni senang ke? Forex ni adalah profession utk professional saja. Nak jadi senang forex ni kena la BELAJAR. Sebab apa awk tgk org lain trading profit & konsisten?

"SEBABNYA DIA ADA ILMU & TAHU APA YG DIA BUAT. AWAK??"

"AWK BUKAN TRADE, AWK GAMBLE & IKUT ORANG SBB AWK XDE ILMU. BODOH SOMBONG. DAH LA BODOH THEN SOMBONG PULAK TU"

Dalam kita beribadat pn jika xberilmu & berguru pn MUNGKIN apa yg kita buat tu xdpt apa2. Fikir2 kan lah.

Tiada analisa yg kita buat dalam FOREX bersifat SEMPURNA. Kepada pemberi signal2 ni, mereka berniat utk share keuntungan bersama, jgn pulak kita pertikaikan apa signal yg diberi. Jika awk ada ILMU pasti awk dapat menilai sendiri signal yg diberikan. Kalau rasa ia betul, silakan atau jika rasa ragu jgn gatal tgn nk masuk entry.

Pesanan sy, nk trade ni jiwa kena kental, biar berilmu, berguru & fahami konsep forex ni. Jgn trading secara mem BABI BUTA. Sayangi lah duit penat lelah yg awk nk jadikan modal depo tu.

Semoga lepas ni awak semua berjaya dalam dunia FOREX dan PROFIT serta WITHDRAW secara konsisten.

Zone Entry Supply Dan Demand First Time Back (FTB)

Entry Supply Dan Demand First Time Back (FTB)


Teori Supply Dan Demand Yang Wajib Anda Ingat Dan Patuhi Adalah SELL DI SUPPLY DAN BUY DI DEMAND.

FTB? FTB Adalah Singkatan Dari First Time Back. Maksudnya Kali Pertama Price Datang atau Test Di Zone Supply Dan Demand.

Contoh Entry FTB Zone Supply 


  • Kenal Pasti Zone Supply Yang Accurate Dan Marking Zon Tersebut Sebagai Zone Supply.        
  • Pending Order Sell Limit Di Low Zone Supply Dan Stop Loss Beberapa Pips Di Atas High Zone Supply.

Zone Supply Hanya Accurate Untuk 1 Kali Entry Sahaja Atau First Time Back Price Sahaja.

Contoh Entry FTB Zone Demand


  • Kenal Pasti Zone Demand Yang Accurate Dan Marking Zon Tersebut Sebagai Zone Demand.
  • Pending Order Buy Limit Di High Zone Demand Dan Stop Loss Beberapa Pips Di Bawah Low Zone Demand.



Zone Demand Hanya Accurate Untuk 1 Kali Entry Sahaja Atau First Time Back Price Sahaja



FAIL TO RETURN (FTR)

FTR

Sebelum menyelesaikan persoalan tentang Price Action, dan mampu membacanya dengan baik, kita perlu meneliti dan memahami setiap satu perkara yang membentuk Price Action itu sendiri.Seumpama sebuah monument yang indah terbentuk pada awalnya dari batu bata yang tersusun cantik.


Bagi kebanyakan kita di sini, keindahan Price Action itu boleh diumpamakan sebagai satu binaan cantik yang tersergam kukuh. Yang membezakannya adalah batu bata yang membentuk Price Action itu diwakili oleh price caps, FTR, Engulf, Fakeouts, QM dan yang sekumpulan dengannya. Di antara batu bata yang membina struktur Price Action ini tiada yang lebih utama daripada Engulf dan FTR.

Kali ini, kita akan membincangkan tentang FTR. Kita akan sama-sama menerokai apakah bentuknya, di mana ia boleh ditemui, dan apakah peranannnya yg dikatakan penting itu di dalam membentuk struktur Price Action. FTR perlu difahami dengan sebaiknya sebelum kita pergi lebih jauh.

Apakah FTR?


Apakah yang dimaksudkan dengan FTR? FTR (Failure To Return) adalah Gagal Untuk Kembali. Siapa yg mahu kembali? Ke mana ia hendak kembali? Dan kenapa ia gagal?

Ini adalah tiga persoalan utama yg perlu kita fahami.


Seperti yang kita sedia maklum, apabila price sampai ke satu satu zon halangan, sama ada ia akan melantun atau pun ia memecahkannya. Apabila ia memecahkannya, ada dua senario yang mungkin berlaku, sama ada ia kembali ke zon tersebut dan teruskan perjalanan ke arah berlawanan dari zon yang dipecahkan, ATAU Gagal Untuk Kembali ke zon tersebut sebaliknya meneruskan perjalanannya setelah memecahkan zon.

Dalam scenario yg kedua ini, FTR telah terbentuk. PERHATIAN! penting untuk kita mengenalinya.

Kenapa? Kerana di sana terdapat tekanan belian atau jualan yang kuat juga dikenali sebagai Supply/Demand di FTR yang menyebabkan harga tidak dapat kembali, sebaliknya teruskan perjalanannya.


Hint 1: tekanan jualan/belian sentiasa berada di FTR setelah price pergi. Cuba kita perhatikan kesannya.

 Sekarang mari kita lihat struktur bentuk FTR.

Gambar yang berikut, kita boleh lihat diagram yang menunjukkan  beberapa variasi asas FTR.


Perhatikan betul betul, kita mungkin nampak ia agak berbeza antara satu sama lain, tapi perlu diingat, semuanya adalah serupa dari segi strukturnya.

Garis merah (a) adalah zon halangan. Boleh jadi SUPPORT / RESISTANT, ada FTR di arah yang berlawanan (akan diterangkan kemudian) ataupun limit PAZ (Price Action Zone)

Price Action memecahkan halangan (1) dan retrace (2). Ia tidak penting sama ada price action merentasi halangan sekali lagi ataupun tidak (seperti contoh ii dan iv di atas). Pada kemuncak retrace, base biasanya akan dibentuk (b).

Seterusnya, Price Action meneruskan perjalanannya (3). FTR dipastikan setelah Price Action memecahkan zon High/Low (c) yang terbentuk setelah price memecahkan zon halangan. Hanya setelah pemecahan (c) barulah boleh kita katakan bahawa  Price Action telah Gagal Untuk Kembali.


FTR Berlaku Apabila SUPPORT / RESISTANCE PECAH

FTR setelah SNR dipecahkan adalah sangat biasa.Ia terdapat banyak di dalam chart dan kita akan belajar untuk mengenalinya.

Terdapat major SNR dan minor SNR yang perlu kita kenalpasti.Dalam zon zon SNR yang penting, di sanalah terbentuk FTR yang lebih signifikan yang perlu kita perhatikan.


MAJOR SNR

Mari kita lihat SNR Major, (penting untuk kita tahu bagaimana membezakan di antara major SNR dan minor SNR)

Dalam Chart yang berikut, kita boleh lihat garis RESISTANCE. RESISTANCE ini adalah garis major, yang telah cuba ditembusi beberapa kali sebelum ini. Tiba tiba garis RESISTANCE ini pecah. Adakah ia Fakeout? Ataupun benar ?Untuk mengetahuinya  kita perlu tunggu sehingga FTR terbentuk.

FTR telah terbentuk.Price telah menjauhi garis RESISTANCE. FTR ini adalah tempat yang menarik untuk trade dalam kedatangan kali pertama. Kedatangan kali pertama mungkin berlaku dalam tempoh satu minggu.Perhatikan tindakbalasnya. Kedatangan yang pertama ke FTR kita kenali sebagai FTB (First Time Back).


Setelah kita mengkaji Diagram di atas, kita boleh cuba perhatikan contoh sebenar FTR. Untuk pemahaman bersama, kita akan lihat dua lagi contoh.



Garis Minor SNR

Penting untuk kita fahami bahawa dalam ketiga-tiga Chart di atas, bukan FTR itu sahaja yg berlaku. Setiap kali Price memecahkan garis SNR minor, gagal untuk kembali dan meneruskan perjalanannya,  FTR telah berlaku.

Dalam lakaran sebenar, chart bukanlah semudah dan secantik diagram di atas. Dalam Chart seterusnya kita boleh perhatikan situasi sebenar chart.



Ambil masa anda dan kaji Chart di atas. Kita tidak akan tandakan semua FTR yang ada kerana ia akan menyemakkan Chart.

Cuba tandakan semua FTR di chart anda. Praktis! Tandakan high/low, lihat di mana ia engulf, kemudian cari FTR. Ulang di high/low seterusnya.

Ingat, tidak semua FTR boleh di Trade.Di sini kita ingin belajar bagaimana untuk mengenali FTR dan bagaimana untuk menandainya.

FTR setelah FTR dipecahkan dalam arah yang bertentangan

FTR terbentuk setelah berlaku engulf di zon halangan. Salah satu zon halangan ini adalah FTR dalam arah yang bertentangan. Cuba lihat diagram di bawah;

Berlaku engulf di FTR d dan FTR 1 terbentuk, dan seterusnya.


Penutup 

Di sini kita cuba untuk memperkenalkan satu elemen penting dalam struktur  Price Action, iaitu FTR. Kita telah pelajari bagaimana FTR terbentuk setelah zon halangan dipecahkan.Perlu kita fahami bawah FTR adalah tempat di mana trader trader besar buka/tutup posisi mereka. Ini bererti ia adalah tempat yang sangat baik untuk kita mencari trade setup atau pun target.Namun demikian, perlu ditekankan bahawa FTR semata-mata tidak cukup untuk trade.Ia perlu datang dengan komponen-komponen lain yang tidak kurang penting seperti, Engulfing misalnya.